Assalamualaikum. Sebelum ni huda berkongsi pengalaman bercuti tentang Ulek Beach Resort yang best. Baca di Ulek Beach Resort Buat Anak-anak Tak Nak Balik!
Sekarang jom baca perkongsian huda menikmati Ramadan Buffet - berbuka dan bersahur di Ulek Beach Resort.
Promosi Ramadan Buffet Ulek Beach Resort
Juadah Ramadan Buffet Ulek Beach Resort
Ramadan buffet Ulek Beach Resort ini menawarkan pelbagai pilihan main course, appetizer , dessert dan minuman segar . Terdapat juga sembilan gerai yang diberi sempena nama-nama bunga yang menjadikan berbuka puasa di sini suatu pengalaman yang unik untuk huda sekeluarga.
Juadah berbuka puasa di sini juga tidak sama setiap hari, ada perubahan mengikut hari yang di tetapkan oleh pihak hotel. Jom layan gambar-gambar yang sempat huda rakamkan sepanjang berbuka puasa di Ulek Beach Resort.
Pilihan air yang menyegarkan. Jus tebu yang fresh , air jagung yang sedap dan juga sirap bandung memikat hati.
Starter
Main Course
Dessert
Selepas berbuka, huda solat di bilik solat yang di sediakan di kawasan Binjai Cafe , Ulek Beach Resort.
Selepas solat maghrib, suami dan anak-anak balik ke bilik, dan bersiap untuk solat terawih. Suasana tenang sekejap bila anak-anak dah balik bilik. Huda pun survey-survey menu apa lagi yang huda nak ambil untuk moreh lepas terawih nanti. Mujur staff semua baik hati, layankan request huda hantarkan ke bilik menu-menu yang huda tak sempat makan waktu buka tadi. Waktu buka yang singkat bukan boleh masuk banyak sangat makanan kan?
Menu yang moreh huda dan sekeluarga . Meriah kan? Hehe...sekali sekali makan macam ni...
( suami kata boleh puasa dua hari turut-turut camni =p )
Jom layan video yang huda sediakan ketika menikmati juadah berbuka puasa di Ulek Beach Resort
Itu cerita waktu berbuka. Jom huda sambung cerita buffet Ramadan di Ulek Beach Resort ini ketika sahur pula.
Buffet Ramadan- Sahur
Buffet Ramadan sahur bermula jam 4 pagi sehingga waktu imsak. Huda dan suami, pukul 4 pagi sudah melangkah ke restoren yang terletak berhampiran dengan swimming pool. Cantik tengok permandangan sebelum subuh di sini.
Menu yang huda makan untuk sahur adalah nasi , ulam , sup sayur, sambal tempoyak , ikan goreng berlada dan pencuci mulut.
Alhamdulillah, sedap sungguh menu bersahur yang ringkas ni. Jika korang malas nak makan nasi, roti bakar, telur separuh masuk pun ada di sini. Tenang suasana bersahur di sini sambil di tiup bayu pantai di pagi hari. Memang best sangat.
Jadi, apa kata korang luangkan sehari dalam bulan Ramadan ni dengan menikmati juadah berbuka dan bersahur di Ulek Beach Resort.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan hubungi : -
Untuk info lanjut hubungi : -
ULEK BEACH RESORT
JALAN PANTAI
SURA HUJUNG, 23000 DUNGUN
TERENGGANU, MALAYSIA
Tel: +6098481100
Fax: +6098482200
Email Address: reservation.ubr@gmail.com
Website : www.ulekbeachresort.com.my
Follow media sosial Ulek Beach Resort untuk update terkini dan promosi semasa
Facebook : Ulek Beach Resort
Instagram : ulekbeachresort
8 Comments