My Nasi Kandar Mydin Mall Kuala Terengganu - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

My Nasi Kandar Mydin Mall Kuala Terengganu

My Nasi Kandar Mydin Mall Kuala Terengganu

Share This

Assalamualaikum. Siapa sini suka lepak mamak? Kita geng!

Nak imbas sikit moment few years back , kisah huda dan My Nasi Kandar Mydin Kuala Terengganu.
Masa huda mula-mula pindah ke Kuala Terengganu, time tu tengah pregnant anak kedua. Teringin sangat nak makan roti nan dan ayam tandoori. Pening Mr A nak cari mana kat Kuala Terengganu ni..
Mujur la terjumpa dengan kedai mamak My Nasi Kandar yang terletak di Mydin Mall Kuala Terengganu Happy sungguh masa tu. Sejak dari saat tu, huda memang selalu lepak sini, tak kira lah untuk makan pagi ke, tengahari atau malam.

Okay, kelmarin Mr A ajak huda dan anak-anak breakfast di luar. Anak-anak pula bising nak ajak main playground, tak nak pergi makan. Huda pula dah lapar sangat. Pening Mr A, nak utamakan siapa dulu..hehe...

Mr A terus memandu ke Mydin Mall Kuala Terengganu. Yeay, dua-dua pihak puas hati. 



Anak-anak terus ke playground. Huda pula terus ke My Nasi Kandar yang terletak bersebelahan dengan playground. 


Tengok-tengok menu. Rasa nak try tosai.. ( sebenarnyer terpengaruh dengan orang depan huda yang dok order sampai dua pinggan. sedap ke tosai ni? Tak pernah try sebelum ni)

 Tosai RM1.80


The Arifs pula, huda belikan roti favourite diorang. Seronok dapat sorang satu Roti Tisu yang crunchy ni. 

  
Roti Tisu RM4.00

Alhamdulillah. kenyang perut semua, senang hati. Rezeki pagi untuk kami sekeluarga. Sambil makan , sambil anak-anak pun dapat main playground. Memang terbaik lokasi pilihan Mr A ni. 



Lepas makan, huda terpandang staff My Nasi Kandar angkat nasi dan lauk pauk yang masih berasap baru masak. Aduhai, tergoda nak makan nasi kandar pula. Tapi perut dah kenyang sangat. InshaAllah next time jer lah datang sini lagi makan nasi pula. 

Korang yang dok area Kuala Terengganu dan Kuala Nerus tu kalau teringin nak makan di kedai mamak, huda rekemen korang makan kat sini. Tempat makan selesa dan luas dan yang penting bersih. Nak datang sini mudah jer, google jer Mydin Mall Gong Badak, Kuala Terengganu.

20 comments:

  1. Banyaknya lauk yang di jual kat sini. The ayam goreng also looks delicious and will try it out at my next trip to Terengganu.

    ReplyDelete
  2. Seronok plak tgok reaksi anak- anak Huda dengan roti tisu tu..roti tu kegemaran anak bauh bam bam akak si Dida jugak...kalau mamak kan...selain akak suka maggi goreng mamak dorang akak suka sangat ayam goreng diorang yang sedap giler tu..tak tau macam mana diorang perap kan?sedap..garing kat luar juicy kat dalam..

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat ni huda. Ana pun peminat kedai mamak. Tosei tu antara fav ana tau. Lepas ni kalau balik KT dah tau lah nak terjah mana kalau rasa nak makan tosei. Husband ana pula peminat nasi kandar. Ok sangat lah tu.

    ReplyDelete
  4. Nasi kandar memang sedap, kat mana-mana diorg bukak sure ramai orang sebab kesedapan masakan dia. Kat Kl ni pun banyak je nasi kandar..kena control pergi sb takut badan menjadi jadik besar..hahaha

    ReplyDelete
  5. Lamanya dah tak makan tosai. Saya bukannya peminat nasi kandar. Boleh la makan. Suami orang utara suka la nasi kandar ni. Dulu masa baru2 kahwin selalu la lepak mamak ni minum teh tarik. Hehe

    ReplyDelete
  6. kin pun suka roti tisu. boleh geng dengan dorang tu. hehe

    ReplyDelete
  7. Dulu selalu lepak kedai mamak. Sekarang dah malas. Roti Tisu yang crunchy, sedapnya. Dah lama tak makan. LAst makan awai tahun hari tu. Tosai pun ika layan taw!

    ReplyDelete
  8. Budak2 mmg gemar betul yer roti tisu tu. Anak buah saya pon minat betul roti tisu. Ke disebabkan bentuknya yg tinggi menggunung membuatkan budak2 suka ? Mungkin lh kot kan.

    ReplyDelete
  9. Kita pernah makan kat My Nasi Kandar ni tak silap kat Mydin USJ ada juga hehehehe tengok roti tisu tu memang lama tak makan hehehe selalu roti canai biasa jer...

    ReplyDelete
  10. Kalau pergi Mamak memang akan oder roti tosei dan akan tengok orang lain yang oder roti tisu tu... macam mana rekabentuk dan cara hidangan setiap restoran akan berbeza-beza... Roti tisu yang ini memang nampak menarik. Tapi tak suka makan sebab tak boleh kenyang sebab ringan macam tisu ha ha ha enjoy eating!

    ReplyDelete
  11. Nasi Kandar... i can never say NO for nasi kandar wei.. memang lah orang penang kan... nasi kandar have been our top favorite. nak cubalah makan di tempat ni...

    ReplyDelete
  12. nasi kandar always jadi feveret i..apatah lagi dapat dinikmati dengan ayam goreng yang ranggup pergh...killer dia haruslah kuah kari yang macam2 jenis digabungkan :-)

    ReplyDelete
  13. Lama the visit mamak, I really miss the good old roti tisu, crunchy and sweet that's why kids like it kan?

    ReplyDelete
  14. Zaman sekolah dulu je pernah pergi mydin mall kat terengganu ni. Masa tu study kat mrsm kat besut. Jauh gak nak ke sana, tapi kebetulan ada program sekolah kat area sana, so singgah jela.

    ReplyDelete
  15. Senang lepas ni cari kedai nasi kndar kat mydin je . Dulu penah gi ganu ssh sgt nk cr ns kandar bnyak mknan tempatan je. Kadang2 rindu dgn kari mamak kan .

    ReplyDelete
  16. Skang ni kalau lapar je lepak mamaklah kan. Nak nak kalau yang suka buat hal pagi2. Tak perlu pikir panjang dah. Lgpon mamak je bka 24 jam

    ReplyDelete
  17. Alamak. Dah lama tak makan tosai. Cantik cara dia buat tosai tu, mesti sedap! Hehe.. Walaupun Bella tak pasti bila akan ke Terengganu lagi, tapi kalau ada singgah sana, Bella akan cari tempat ni. Nasi Kandar best kalau makan dengan ayam yang baru masak panas2 tu. Huihhh aummm lapar lah pulak memikirkannya sekarang. Haha

    ReplyDelete
  18. comelnya.. the way they eat the roti tisu.. haha~~ Mydin mall ni baik untuk jalan jalan dan makan..

    ReplyDelete
  19. I rarely go to mydin...I wonder if the subang outlet has the same makan shops in it or not... that Roti tisu looks so delicious weh!

    ReplyDelete
  20. Dulu zaman belajar, paling suka beli barang kat Mydin Mall sebab murah and banyak pilihan. Susah jumpa mall ni kat KL dah.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages