10 Tips Menulis Artikel Blog Standard SEO

Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi ilmu penulisan blog tentang 10 Tips Menulis Artikel Blog Standard SEO. Semua blogger boleh menulis, namun adakah semua blogger menulis mengikut standard SEO? Termasuk diri huda sendiri yang kadang-kala tulis syok sendiri.



Tujuan huda menulis ini sebab nak refresh ilmu huda yang dah bertahun perap hanya di atas kertas. Bila nak guna ilmu ini baru gelabah cari semua fail. Alhamdulillah, hari dah terjumpa nota tentang tips penulisan artikel blog yang berkualiti dan standard SEO.

Kadang-kadang huda tulis ikut suka sahaja, rugi tak gunakan ilmu sebaiknya. Baru-baru ini ada client bagi email job SEO Blogger pada huda, baru huda sedar pentingnya penulisan yang mencapai standard SEO, memang berbaloi perah otak untuk tulis mengikut kriteria SEO rupanya. 

Kali ini huda kongsi spesifik untuk penulisan artikel blog yang menggunakan Blogspot. Kalau rajin nanti huda kongsi untuk wordpress juganya, sebab huda gunakan kedua-duanya untuk menulis blog. 

10 TIPS MENULIS ARTIKEL BLOG STANDARD SEO


1) Aktifkan Meta Description
Ada di bahagian Setting >> Search Preferences. Tulis ringkasan tentang blog anda.

2) Tajuk Artikel

 Pastikan tajuk mengandungi kata kunci , dan panjang tajuk sebaik-baiknya 3-7 perkataan sahaja.

3) URL Artikel

Jika tajuk artikel anda terlalu panjang, tidak muat semuanya di URL artikel, pilih Custom Permalink. 
Pastikan ada letak tanda hubung ini  " - " , untuk menjadikan url artikel anda lebih SEO Friendly.

4) Tetapkan label untuk setiap artikel. 

 Pilih label yang tepat untuk artikel anda dan jika menggunakan lebih dari satu label, pisahkan dengan tanda koma.

5) Tulis penerangan ringkas dalam 150 patah perkataan tentang artikel di Search Description.
 
Search Description atau Meta Description ini akan tampil pada snippet hasil pencarian Google. Pastikan kata kunci juga di tulis di Search Description

6) Ideal Artikel

Satu artikel yang ideal adalah mempunyai panjang artikel minima 300-500 patah perkataan.
Kata kunci harus di ulang minima 3 kali di dalam artikel. 
Kata kunci yang ditulis untuk pertama kali harus di bold atau italic
Penulisan artikel menggunakan bahasa melayu yang baku bukannya bahasa pasar.
Buat satu perenggan yang mempunyai kata kunci di dalamnya dan ubah format kepada minor heading atau subheading.

7) Gambar Blog

Ubah nama gambar dengan nama yang mengandungi kata kunci sebelum memuat naik ke dalam artikel. Ubah juga saiz pixel dan ubah setting gambar ke web version. 

8) Setting Gambar 

Setiap gambar yang di pasang di artikel mestilah di edit bahagian image properties dengan mengisi kata kunci di ALT Text . Ini bertujuan memberitahu Google tentang isi gambar, kerana "crawler" tidak mengenali gambar.

9) Internal link di dalam artikel. 

Dalam setiap artikel blog, ciptakan seboleh-bolehnya dua link menuju ke artikel yang lain di dalam blog anda. 
Pastikan semua link akan dibuka di tab baru ( Open this link in a new tab)

Setting untuk internal link pastikan jangan tanda rel="nofollow" manakala  external link, pastikan menggunakan atau tandakan rel="nofollow"

10. Artikel yang bermanfaat 

Tips terakhir dalam menghasilkan artikel standard SEO adalah artikel yang anda tulis haruslah berinformasi dan juga boleh membantu masalah pembaca. 

Sebagai contoh artikel berikut , huda kongsikan tips travel untuk panduan mereka yang merancang untuk bercuti di Johor Bahru 


Huda juga ada kongsikan artikel topic hartanah dalam bahasa Inggeris untuk bacaan pelawat blog huda yang mungkin lebih suka bahan bacaan dalam bahasa Inggeris 


Sekian perkongsian huda hari ni, nasihat pada diri sendiri, jangan malas nak usaha dalam hasilkan sesebuah artikel yang berkualiti dan berstandard SEO. Percayalah, usaha hari ini pastinya berbaloi-baloi pada hari esok. 

Ingat pesan sifu dari Kelab Blogger Ben Ashaari, kita ni #bukansekadarblogger. Bukan nak kejar job, traffic semata-mata, tapi nak beri manfaat pada semua pembaca blog kita. Semoga setiap tulisan huda ini memberi panduan dan inspirasi kepada sesiapa yang membaca. Sharing is Caring , so jemput kongsikan ilmu ni kepada sesiapa rasa perlukan ilmu penulisan blog yang berkualiti dan standard SEO. 
some_text

5 comments:

  1. Menarik ilmu baru...tq huda kongsikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama juju. ilmu lama terperap jer, kena kongsi semua sama-sama dapat manfaat.

      Delete
  2. yup! betul tu huda! info yang bermanfaat lebih penting sebenarnya.

    thanks huda untuk info bermanfaat ni. penting ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kongsi ilmu. thanks juga sudi singgah sini.

      Delete
  3. Tak pernah tau cara ni. Tq Huda.. nanti mintak tunjuk ajar lg ye

    ReplyDelete

Powered by Blogger.