Amalan Ibadah untuk Wanita Haid di Bulan Ramadhan.


Assalamualaikum, Salam 1 Ramadhan.

Saat huda menulis ni, baru jer siap bersahur. 

Suami dah pergi ke masjid. Anak-anak masih lena. Biasanya waktu sekarang, akan solat kemudian tadarus Al-Quran.

Ramadhan kali ini berbeza. Semenjak huda kahwin, Allah hadiahkan huda "puasa penuh" cukup sebulan. Mengandung kemudian penyusuan susu ibu sepenuhnya, kemudian mengandung lagi anak kedua dan menyusu lagi. 5 tahun puasa penuh. Tahun ni tahun ke 6 selepas kahwin, Allah bagi "cuti" puasa seawal 1 Ramadhan. 

Walaupun Allah bagi "cuti" tidak boleh berpuasa dan solat, namun banyak amalan lain boleh huda buat untuk merebut keberkatan Ramadhan . 

Jom huda kongsi antara Amalan Ibadah untuk Wanita Haid dibulan Ramadhan.

  • Menyediakan Makanan untuk Berbuka Puasa

” Barang siapa yang memberi ifthar (hidangan untuk berbuka) orang-orang yang shaum/berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang shaum/berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun”. (H.R. Bukhari Muslim).

Alhamdulillah, Maha Kaya Allah. Pahala itu hak Allah kepada hambaNya. Untung wanita yang datang haid, walaupun tidak perlu berlapar namun terima pahala setimpal orang lain berpuasa dengan menyediakan juadah berbuka dan bersahur. 

Jadi hari ni, huda wajib masak sedap-sedap untuk juadah berbuka bersama keluarga di kampung.

  • Melakukan perbuatan baik kepada diri sendiri dan orang lain. 

“Seluruh perbuatan baik merupakan sedekah.” (H.R. Muslim)

“Setiap Tasbih merupakan sedekah, setiap Tahmid (mengucapkan alhamdulillāh) juga merupakan sedekah, setiap bertahlil (mengucapkan lā ilāha illa Allāh) merupakan sedekah dan setiap takbir (mengucapkan Allāhu akbar) maka dia juga bersedekah. Dan menyeru oranglain kepada kebaikan juga sedekah dan juga mencegah oranglain dari perbuatan kemungkaran (nahyi munkar) juga dia bersedekah.” (H.R. Muslim)

Amalan Ibadah paling mudah yang boleh di lakukan oleh wanita haid adalah dengan berbuat baik kepada diri iaitu dengan berzikir dan berbuat baik kepada orang lain.

Jauhi perbuatan yang boleh menyakitkan hati orang lain. Insha Allah, huda berusaha menjadi insan yang lebih baik kepada diri sendiri dan juga orang lain.

  • Mengajak orang lain melakukan amal ibadat di Bulan Ramadhan

“Barangsiapa dapat menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang melakukannya.” (H.R. Muslim)

InshaAllah sepanjang Ramadhan ini, huda akan tulis di blog dan laman sosial hanya kata-kata baik dari hadis dan Al-Quran untuk memberi peringatan kepada diri sendiri dan kepada orang lain.

Semoga penulisan huda di blog ini memberi manfaat kepada wanita yang sedang haid dan tercari-cari apa amalan yang boleh dilakukan sepanjang Ramadhan ini. 

  • Mencari ilmu dengan hadiri ceramah agama
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut Ilmu, Niscaya Allah Subhanahu wa Ta’ala menunjukkan jalan menuju Syurga baginya”. (H.R. Muslim)

Manfaatkan sepanjang Ramadhan ini dengan belajar pelbagai ilmu agama bagi memantap iman dan memupuk sifat taqwa.

  • Tadabbur Al-Quran 


Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?    (Surah Al-Qamar [Ayat 54])

Sungguh banyak sangat ilmu dalam Al-Quran. Walaupun wanita dalam haid tidak boleh membaca Al-Quran, namun mereka boleh membaca tafsir Al-Quran. Fahami firman-firman Allah yang mengandungi pelbagai ilmu dunia dan akhirat. 

============================================================
Banyakkan amalan ibadah untuk wanita haid di bulan Ramadhan?
Jadi tak perlu risau, walaupun Allah bagi "cuti", Pahala tetap Allah akan bagi jika melakukan kebaikan.

Jauhi amalan yang sia-sia sepanjang Ramadhan ini, semoga kita memuliakan Ramadhan dengan ikhlas mencari keredhaan Allah. 

InshaAllah nanti huda akan kongsi ilmu lagi di post akan datang.

Selamat Berpuasa dan manfaatkan Ramadhan ini sebaiknya.  



No comments:

Powered by Blogger.