Dusun Tok Wak Desa - Lokasi Eko-Pelancongan Menarik Wajib Singgah di Baling, Kedah

 


Famtrip ke Baling tempoh hari , Huda banyak teroka lokasi Eko-Pelancongan sekitar Baling antaranya adalah Dusun Tok Wak Desa. Kalau korang nak tahu Dusun Tok Wak Desa ni bukan calang-calang tempat tau! Banyak kali di jadikan lokasi pengambaran dan juga telah tercalon untuk menerima anugerah ASEAN SUSTAINABLE TOURISM STANDARD (GASTRONOMY) RURAL CATEGORY (2024-2026) PERINGKAT KEBANGSAAN yang akan diadakan pada tahun 2024. So nak tahu apa yang menarik di Dusun Tok Wak Desa ni? Jom Huda kongsikan pengalaman di sini. 


Dusun Tok Wak Desa - Lokasi Eko-Pelancongan Menarik Wajib Singgah di Baling, Kedah

Lokasi Dusun Tok Wak Desa



Alamat Dusun Tok Wak Desa : Jalan Ulu Legong, K702, 09100 Baling, Kedah

Kemudahan dan Tarikan di Dusun Tok Wak Desa 




1) Port Healing 



Tenang sangat layan view , dan dengar irama alam semulajadi. Waktu malam lagi best dengan nature music, dengar serangga buat bunyi macam-macam. 



Air sungai di sini, cetek dan tenang. So perfect untuk family trip. Sebab sungai yang cetek dan air yang tenang, korang boleh juga makan2 dalam ni tau. ada pakej malam dalam sungai kat sini. Unik kan? 

2) Luas, Selesa dan bersih 


 
Huda memang puji la staff kat sini, tip top diorang jaga kebersihan dengan tempat luas dan selesa. Banyak wakaf untuk berehat dengan keluarga dengan selesa. 



3) Kemudahan Surau dan Bilik Air 


Dalam kita bersuka ria bercuti, jangan lupa solat tau! Kat sini ada surau , so boleh la solat setiap kali masuk waktu. Kemudahan asas dalam surau seperti tempat wuduk dan sejadah disediakan. 


Bilik air untuk bersihkan diri selepas mandi manda juga ada kat sini. Okay lah, ada shower dan juga toilet pada setiap unit. 

4) Makanan Sedap! 

Owh ya, bagusnya di sini, makanan di sediakan. So nak picnic dengan family, tak payah pening-pening nak masak itu ini, korang order jer! Semua booking kena buat dulu sebelum datang ke sini. Antara menu wajib try adalah Kopi Kelulut resepi istimewa dari Pak Long. Padu weh kopinya! 

Dari kiri - Menu Hi tea, Kopi Kelulut dan Mee Goreng. Ice cream beli kat motor yang singgah lalu ke Dusun Tok Wak Desa. Dinner, BBQ


Masak BBQ tepi sungai memang asyik! 

Semua bahan perapan pihak Dusun Tok Wak Desa dah sediakan. Paling special udang tu, Pak Long ternak sendiri tau. 

Selepas makan, kami semua sembang-sembang dengan Pak Long yang memang sangat ramah dan kelakar orangnya. Tak kering gusi di buatnya dengar celoteh Pak Long. Pak Long rajin buat LIVE tau, so korang follow la TikTok dia nanti!  Overall very nice experience untuk kami semua. Next time memang teringin nak bawa family ke sini. 

Hubungi Dusun Tok Wak Desa 

No Telefon : 019-508 8258
Facebook : https://www.facebook.com/dusuntokwakdesasentosasince2016/
Instagram : https://www.instagram.com/imohdakhir/
TikTok  : https://www.tiktok.com/@mohdakhir58
Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.

Post a Comment

0 Comments