FAM Trip to Baling - 5 Hari 4 Malam Menerokai Keindahan Alam Semulajadi


Kick start tahun 2024, Huda join FAM Trip ke Baling Kedah - organized by QTT Group Plt in collaboration with Global Travel Sdn Bhd (KOLA) and supporting team KembaRojak. Mesti korang tertanya-tanya, ada apa yang menarik di Baling Kedah ni?? Honestly, Huda pun baru pertama kali jejak kaki ke Baling Kedah. Jom huda kongsikan pengembaraan kami selama 5 hari 4 malam menerokai keindahan alam semulajadi di Baling Kedah

FAM Trip to Baling - 5 Hari 4 Malam Menerokai Keindahan Alam Semulajadi

Hari Pertama 

Seawal 9 pagi, semua peserta berkumpul di KL Sentral. Kami naik ETS menuju ke Sungai Petani. Ini merupakan kali kedua, Huda naik ETS. Seronok sebenarnya naik ETS ni, layan view yang tak sama kalau kita trave; by car or plane. Perjalanan dari KL Sentral ke Sungai Petani Kedah memakan masa 4 jam setengah sahaja. Tak terasa penat pun travel dengan ETS ni sebab seat selesa, dan bermacam kemudahan di sediakan antaranya Kafe, Surau dan toilet. 

Sampai jer stesen Sg, Petani kami meet and greet dengan organizer. Kemudian terus naik van menuju ke Dima Garden di Kuala Ketil. Kami lunch di sini dan seterusnya melakukan pelbagai aktiviti yang di sediakan disini antaranya naik kuda, naik ATV dan memanah. 

Selesai luangkan masa sepetang di Dima Garden kami menuju ke kolam air panas yang famous di Baling, iaitu Ulu Legong Hot Spring. Kami bermalam di sini. 




Hari Kedua 

Hari kedua, bermula aktiviti adventure! Ini kali ketiga pengalaman huda masuk gua ( sebelum ini gua kelawar di Langkawi dan Gua Pari-Pari di Sarawak)  still excited nak tengok keunikan dan keindahan struktur dalam Gua Sireh, Baling Kedah. pelbagai bentuk batu semula jadi seperti imej sireh junjung, burung, pengisar tepung, gajah, lembu, kucing dan perahu patah terdapat di dalam gua ini.

Lepas keluar gua, kami mengimbau sejarah kemerdekaan Malaysia dengan melawat Galeri Rundingan Baling. 
Galeri Rundingan Baling dibawah Pengurusan Lembaga Muzium Negeri Kedah  mula beroperasi pada 7 Januari 2024 .Galeri ini terletak di Daerah Baling bersebelahan Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah Darul Aman. 

WAKTU MELAWAT :
  • Hari - SETIAP HARI AHAD SAHAJA
  • Masa - 10 pagi - 4.30 petang
  • Tiket - MASUK PERCUMA
Selepas itu, kami terus menuju ke Dusun Tok Wak. Luangkan masa di sini sehinggan malam , kemudian check in di Baling Mountain Resort.




Hari Ketiga 

Pengembaraan menerokai alam semulajadi di Baling Kedah diteruskan dengan berkunjung ke Weng Valley.  Sarapan pagi dengan menu lokal yang Huda tak pernah rasa, memang sangat unik! 
Lepas kenyang sarapan, naik ATV round kawasan pergi melawat kebun dan juga rumah di sini. 
Selepas zuhur kami teruskan perjalanan dengan short visit ke tapak perkhemahan iaitu Sebarau Park & Teratak Simpul. Dinner pula di restaurant dengan Kampung vibes di restoren Mak Lang Mat Li, memang best dapat makan nasi ayam kukus dan juga mencuba menu laksa yang sedap di sini. 



Hari Keempat 

Hari yang paling di tunggu-tunggu! Seawal 4 pagi dah bangun dan ready nak pergi Morning Hike di Gunung Baling. Namun, takde rezeki nak tengok sunrise sebab awan tebal dan hujan renyai-renyai time kami sampai di puncak. Maybe kene repeat next time kot..
Turun jer dari Gunung Baling terus  ke Warung Mat Noi Roti Bakar untuk brunch ( breakfast dan lunch terus sebab dah pukul 12 tengahari) 
Perut kenyang lepas makan pergi Sight seeing di Titi Hayun Lubuk Pedati.
Kemudian check out dari Baling Mountain Resort dan meneruskan perjalanan ke Kupang, Kedah, iaitu mukim dalam daerah Baling. Di sini kami mencuba rare local products - Cendawan Pekasam. Padu beb, korang kena try sendiri!
Then, semua dah penat, kami terus check in Dima Garden. 



Hari Kelima

Hari last trip, sedih nya nak berpisah dengan semua kawan-kawan. Hari ni just rest and relax di Dima Garden, tengahari kami check out dan terus ke Sungai Petani untuk naik ETS balik ke KL Sentral. 
Kami singgah makan lunch di warung Santai-Santai di Sg Petani sebelum balik. Sedap lauk-lauk kampung kat sini. 
Alhamdulillah, selepas 4 jam setengah naik ETS dari Sg Petani, selamat dah sampai KL Sentral. 

QTT x KEMBAROJAK FAM TRIP TO BALING
Trip Date: 13-17 January 2024

Stay tuned! Nanti huda share lagi cerita dan pengalaman menarik sepanjang trip ini.

QTT x KembaRojak FAM Trip To Baling is organized by QTT Group Plt in collaboration with Global Travel Sdn Bhd (KOLA) and supporting team KembaRojak. Special thanks to all sponsors, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim Gunung and Gua Sireh team.

Post a Comment

3 Comments

Fadima Mooneira said…
Wow!!! Seronok nyer dapat buat activity macam nie. I pun tringin nak buat this kinda nature activity. Thank you for sharing.
仙妮 said…
Thanks so much for this detailed post, I've not been to Baling, gonna plan my trip this year la...cheers SiennyLovesDrawing
Princesa3290 said…
memang semua ni hidden gems kat Baling. Tak pernah lagi pergi explore betul2 area Baling ni...cantik!