Misi menerokai Hidden Gems di Baling bersama team Fam Trip Kembarojak di teruskan dengan berkunjung ke Weng Valley. Setiap negeri dan daerah ada keunikan tersendiri dengan namanya yang unik, loghat percakapan dan juga juadah lokal yang tersendiri. Huda berpeluang melawat ke Weng Valley yang terletak di Felcra Gugusan Weng dan menerokai keunikan di sini. Weng Valley adalah sebuah pusat rekreasi yang penuh dengan aktiviti dan menjadi salah satu alternatif sumber pendapatan penduduk setempat di Felcra Gugusan Weng ini.
Pengalaman Berkunjung ke Weng Valley- Satu Kunjungan Seribu Kenangan
Sarapan Pagi Dengan Menu Tradisi yang Unik
Antara menu yang kami cuba di sini adalah : Cucur Jawa, Peknga ( Lempeng Kelapa ), Roti Arab ( Roti Puri) , Kuih Semelit dan Bingka Sawit.
Seawal 8 pagi kami dah sampai ke Weng Valley untuk menikmati sarapan disini, Kedatangan kami di sambut dengan masyarakat setempat yang teruja untuk menghidangkan kami menu tradisi di Baling. Seronoknya , mereka juga turut buat demonstrasi pembuatan setiap menu untuk kami lihat sendiri. Yer la, biasa tahu makan jer kan? Pengalaman baru yang menarik untuk kami!
Menu tradisi yang paling unik disini adalah Kuih Semelit iaitu makanan signature penduduk di sini dan tradisi turun temurun. Bahan asasnya adalah daun semelit di adun bersama pulut, kelapa dan kemudiannya di kukus. Unik kan? Menurut masyarakar setempat, menu ni hanya ada di sini sahaja kerana daun semelit sukar didapati di tempat lain.
Tarikan di Weng Valley
Selepas kami bersarapan, masa untuk bakar kalori! Jom Huda kongsikan tempat menarik yang kami sempat singgah di Weng Valley.
1) Swimming Pool
Tarikan utama di sini adalah mini taman air atau kolam mandi! Memang sangat sesuai keluarga bersantai di sini.
Terdapat kolam dewasa dan juga kolam untuk kanak-kanak lengkap deng gelongsor air. Menarik sangat, anak-anak pasti suka berkunjung ke sini!
Kemudahan lengkap seperti tandas awam, bilik mandi, surau, serta kiosk yang menjual makanan pun ada. So kalau lapar lepas main air, dont worry boleh beli snek di sini.
Kadar Bayaran untuk menikmati kemudahan di swimming pool ini adalah RM 3 sahaja.
2) Madu Kelulut
Weng Valley juga ada megusahakan madu lebah kelulutnya. Maka , boleh lihat bagaimana madu kelulut dihasilkan dan rasai pengalaman unik minum madu direct dari sarang lebah menggunakan straw. Nak shopping madu kelulut pun boleh di sini.
3) Weng ATV
Jom naik ATV ronda kampung atau pun lalu di laluan trak extreme di ladang kelapa sawit. Semuanya ada di Weng Valley . Berikut adalah kadar caj ATV
- MINI KERETAPI : RM5
- ATV :
- RM15.00 (BIASA)
- RM20.00 (EXTREME)
4) Kayak
Lepas main ATV, apa kata sambung buat aktiviti di tasik dengan berkayak. Boleh pilih nak kayak secara berseorangan atau berpasangan.
- KAYAK :
- RM5 (SINGLE)
- RM10.00 (DOUBLE)
5) Rumah Pertama di Felcra Weng
Kami juga telah melawat rumah Felcra pertama disini yang dijaga kena penuh nostalgia untuk kenangan untuk kita generasi muda. banyak barang antik di sini tau. Unik sangat!
6) Lawatan ke Ladang Timun
Seterusnya kami juga melawat ladang timun yang diusahakan oleh anak tempatan Felcra Weng ini. Pertama kali tengok bagaimana kaedah penanaman timun. Teruja juga melihat timun-timun di sini yang segar-segar.
7) Lawatan ke Rumah di Felcra Gugusan Weng
Lawatan ke sini adalah untuk melihat hasil produk kreatif penduduk setempat yang sangat bijak memanfaatkan bahan terbuang menjadi perhisasan untuk dekorasi rumah dan taman.
Makan Tengahari - Gulai Daging Batang Pisang
Selepas kami selesai melawati semua tarikan sekitara Weng Valley, kami disajikan dengan menu signature di sini iiatu Gulai Daging Batang Pisang. Sangat unik dan Huda first time rasa, memang sedap dan teringat-ingat!
Jom bawa family korang beriadah bersama keluarga di Weng Valley dan sama-sama kita cipta seribu kenangan di sini!
WENG VALLEY, KEDAH
Lokasi : Felcra Weng, Baling, Kedah
Waktu Operasi : 10.00 Pagi - 7.00 Malam
Hubungi : 019-470 2949
Ikuti Weng Valley di laman sosial media berikut :
Facebook : https://www.facebook.com/wengvalley
TikTok : https://www.tiktok.com/@wengvalley
Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.
1 Comments