Jom Beli Cermin Mata di OPTOM Bangi dan Peluang Menangi Iphone 14



Beli Cermin Mata di OPTOM Bangi dan Peluang Menangi Iphone 14 | Wow! Menarik yer promosi terbaru dari Optom EyeCare Bangi ni! Bermula bulan Oktober ni sehingga bulan Oktober 2023, korang boleh rebut peluang menangi iphone14 dengan hanya dengan beli cermin mata di Optom EyeCare Bangi!  Jom baca perkongsian huda hari ni kenapa huda nak ajak korang semua sama-sama tempah dan beli cermin mata di Optom Bangi!


Kenapa Huda Pilih OPTOM Bangi untuk beli Cermin Mata?

Huda sebelum ni dah pernah buat cermin mata di Optom, Bandar Baru Bangi. Memang  puas hati sangat dengan servisnya. Berikut huda senaraikan 6 sebab korang patut pilih Optom untuk buat cermin mata.




#1 Personalised / " Be Spoke " 



Optom Bangi  menawarkan customized cermin mata mengikut bentuk muka yang dikenali sebagai 'Be Spoke'.  Best kan bila kita dapat personalized cermin mata ikut wajah dan kesesuaian muka kita. Eksklusif dan unik gitu.. Terbaik lah OPTOM! 


#2 Khidmat Nasihat
Pakar mata iaitu Optometrist di Optom Bangi memberikan khidmat nasihat mengenai kesihatan mata yang menyeluruh. Pengalaman huda sendiri, memang seronok bila dapat tahu pelbagai ilmu dan tips tentang penjagaan mata sendiri agar sentiasa sihat.  OPTOM  menawar perkhidmatan yang khusus dan lebih bukan sekadar periksa power mata dan menjual cermin mata sahaja tau! 


#3 Pengesahan Rabun
Dengan adanya mesin-mesin yang canggih dan tepat dapat mengukur dan menilai power rabun mata, mata korang dapat pengesahan tahap kerabunan mata. 

#4 Pemeriksaan Saraf Mata
Bukan sekadar power mata jer tau, di sini korang boleh buat pemeriksaan saraf mata. Penting ke tahu keadaan saraf mata kita ni?
Masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi memberi kesan dan boleh detect melalui kesihatan saraf mata. Bila dah tahu keadaan saraf mata, if ada masalah OPTOM boleh rujuk korang terus ke doktor pakar di hospital untuk rawatan dan tindakan  lanjut. 



#5 Pemeriksaaan Struktur Mata

Selain dari wajib periksa power mata untuk buat cermin mata, specialnya di Optom ni ada juga perkhidmatan check struktur mata kita sama ada sihat atau tidak 
OPTOM Eyecare Bangi akan melakukan pemeriksaan terperinci struktur mata seperti iris, kornea dan lensa. Hasil pemeriksaan boleh tahu sama ada korang ada risiko alami masalah katarak dan lain-lain



#6 Pengurusan Sistem Penglihatan
Perkhidmata di OPTOM Bangi, kepakaran optometrist di sini bukar sekadar check mata malahan mereka juga menerangkan ilmu tentang kesihatan mata . Khidmat nasihat tentang langkah-langkah penjagaan mata yang perlu di lakukan terutamanya kita yang selalu sangat menghadap skrin untuk bekerja dan juga penggunaan gadget. Jika masalah kesihatan mata yang agak berisiko, OPTOM akan rujuk ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jom Beli Cermin Mata di OPTOM dan Menangi Iphone 14!



 
Bagaimana nak sertai cabutan bertuah ini? 

Syarat-Syarat Penyertaan
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Peserta perlu membuat pembelian minimum RM500 dalam satu resit di Optom Eyecare Bandar Baru Bangi untuk layak dikira sebagai penyertaan.
3. Kemasukan mestilah sekurang-kurangnya 70 orang dan ke atas di setiap bulan.

Tempoh Peraduan

1. Penyertaan dibuka mulai 10 Oktober 2022 sehingga 10 Oktober 2023.
2. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Peraduan termasuk Tempoh Peraduan Bulanan atau Tempoh Peraduan (keseluruhannya) mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberi notis terlebih dahulu.


Hadiah Utama
Iphone 14 bernilai RM5,299 x 1 pemenang


Hadiah Bulanan
  • 1 gram Emas Public Gold bernilai RM1,750 x 3 pemenang
  • Ray-Ban Sunglasses bernilai RM3,000 x 3 pemenang
  • Cooking Set Carote bernilai RM259 x 1 pemenang
  • Air Fryer Philips bernilai RM184 x 1 pemenang
  • Microwave Sharp bernilai RM295 x 1 pemenang
  • Vacuum Dyson bernilai RM459 x 1 pemenang
  • Hairdryer Philips bernilai RM115 x 1 pemenang
Jom kita sama-sama sertai lucky draw dan berpeluang untuk miliki Iphone 14 secara PERCUMA!! Apa lagi,  kita ajak family, saudara-mara atau kawan-kawan join sekali cabutan bertuah ni.

Orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. 

Mana tahu rezeki korang menjadi the lucky one dan boleh menang Iphone 14 !

Untuk maklumat lanjut  tentang OPTOM Bangi  :- 

Cawangan Bangi, Selangor
No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
Whatsapp : wasap.my/601111479093


Website : http://www.optom.com.my
Facebook : http://www.facebook.com/optombangi
Instagram : http://www.instagram.com/optombangi




Post a Comment

1 Comments

Ina said…
Wow, menariknya. Terpikat pula nak buat cermin mata sini. Kalau boleh secara online kan best.