Resort World Kijal - Lokasi 8th Birthday Staycation Adik Tahun ni! | Happy birthday anak bongsu mama! Anak bongsu ni lain sikit kan, rasa macam memang nak manjakan jer, semua benda dia request sehabis baik nak realisasikan. Adik pernah cakap nak stay di Resort World Kijal sebab kami banyak kali juga lah lalu dan baca signboard jer. So suprise untuk birthday adik yang ke 8 tahun , mama bawa pergi birthday staycation ke sini.
Beli Pakej Resort World Kijal di MattaOnline.Travel
Lepas tebus voucher, huda bayar RM 130 jer pakej include breakfast dan free usage bicycle. Berbaloi sangat kan untuk 4 star hotel dapat rate macam ni..Alhamdulillah rezeki.
Honestly, sebelum huda datang sini memang mind set , lowered the expectation even hotel ni taraf 4 bintang, namun hotel ni dah lama sangat. dan review pun ada yang complain itu ini. Mujur bayar murah jer kan, so tak nak expect best macam stay hotel 4 bintang di Melaka minggu lepas.
Layan dulu video room tour
Kami dapat bilik jenis Deluxe King. Terkejut juga masuk bilik nampak bath tub terus. Anak-anak lah paling enjoy terus nak berendam dalam tu.
Room amenities dalam bilik standard macam bilik hotel biasa. Takde nak brag sangat walau hotel ni bawah jenama resort world hotel. Hotel dah berusia lebih 20 tahun tak silap huda, perabot and mini bar pun nampak lama.
Tengah malam time tidur asyik terjaga sebab bunyi peti sejuk. Suami kata bunyi thermostat ke apa entah. Banyak jer benda nk complain lagi..
Bilik air pun bertakung setiap kali lepas mandi. Hmm..
Harap pihak resort buat something , maintenance and refurbish furniture dan peti sejuk.
Harap pihak resort buat something , maintenance and refurbish furniture dan peti sejuk.
Swimming pool yang sangat luas
Jacuzzi
Bagi huda wow factors Resort World Kijal ni adalah swimming pool dan board games yang size giant antaranya Giant Chess, Snake and Ladder. Dalam kawasan hotel pun ada tempat exercises, dan juga main basikal.
Snake and Ladder. Penat gak main ni..
Free bicycle usage. Termasuk dalam pakej, Walaupun ada isu front desk tak bagi naik basikal free sebab pakej huda beli tu dah tak available.
Yang penting birthday boy sangat enjoy dengan macam-macam aktiviti di sini.
Senyum lebar birthday boy. Dia rendam kat pool dari pukul 9 am dan hampir pukul 12 tengahari baru naik bilik.. muka pun dah burn..
Lepas check out, kami lepak dulu di pantai di sini. Overall resort world kijal ni best jer, cuma lower your expectation baru lah tak stress bila bilik ada problem kan..
Masa nak balik jalan-jalan ke arah pantai baru perasan ada glamping di sini. Tunggu musim hujan dah reda maybe boleh bawa anak-anak glamping ke sini pula.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Resort World Kijal ni boleh check link di bawah :-
Website : https://www.rwkijal.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ResortsWorldKijal
Website : https://www.rwkijal.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ResortsWorldKijal
Thanks for the memory here.. next time kami repeat sini lagi, for glamping and sunny day.
Musim hujan tengok sunrise pun di sebalik awan...
Musim hujan tengok sunrise pun di sebalik awan...
0 Comments