Pada 14 Mei 2022 yang lalu McDonald’s Malaysia telah mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Anugerah ini adalah untuk menghargai para guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang “luar biasa” atas jasa mereka meningkatkan kecemerlangan akademik dan mewujudkan akses kepada pendidikan untuk anak murid.
Fakta Menarik Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022
- Tahun 2022 merupakan tahun keenam penganjuran Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022
- Anugerah ini telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan mulai 10 Mac hingga 2 April 2022.
- 25 pemenang telah dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.
- Sejak pertama kali dilaksanakan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah disampaikan kepada 131 guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara
- Para penerima anugerah ini telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald’s, pegawai KPM dan pihak media.
- Pencalon untuk pemenang anugerah ini turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.
- Kisah-kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun ini boleh diikuti pada pautan berikut: https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate.
Majlis Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022
YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan yang merupakan tetamu kehormat majlis, telah menyampaikan anugerah ini kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi.
Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia menerangkan kepentingan peranan guru dalam pembentukan masa depan negara dan megucapkan terima kasih kepada para guru atas komitmen mereka.
Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia bekata dalam ucapan beliau dalam majlis ini :-
“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan. Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,”
“Semua murid mampu berkembang sebagai individu yang seimbang dan memenuhi potensi diri mereka dengan didikan dan asuhan guru. Dua tahun kebelakangan ini kita menghadapi situasi sukar, dengan sekatan pandemik yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran normal murid. Namun, kisah yang kami perolehi hasil pembacaan berdasarkan pencalonan diterima sejak bermulanya pandemik menunjukkan betapa kukuhnya semangat kemanusiaan dan para guru yang menjadi pemacu utama sistem pendidikan negara. Semasa memasuki fasa peralihan endemik ini, janganlah kita lupa semangat serba boleh yang terpahat dalam diri kita semua, penyesuaian yang dilakukan dan daya tahan yang ditunjukkan para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka, terutamanya ketika melalui masa-masa yang tidak menentu. Inilah yang perlu dibanggakan,”
En. Chan Chin Ho dan En. Rohaidee Bin Mustafa merupakan antara dua dariapada 25 pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 yang dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.
Berikut adalah Senarai Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Tahniah Cikgu!!
Berikut adalah Senarai Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Tahniah Cikgu!!
Sambutan Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia
Selain itu, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi.
McDonald’s Malaysia juga akan mengagihkan baucar hidangan percuma kepada guru di seluruh negara sebagai tanda penghargaan buat sumbangan mereka kepada masyarakat. Baucar tersebut akan diedarkan kepada 500,000 guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan. Baucar hidangan percuma ini boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald's berdekatan sekarang hingga 30 Jun 2022.
Sesungguhnya usaha murni McDonalds Malaysia ini wajar dijadikan contoh dalam menghargai warga pendidik yang tidak pernah jemu membangunkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak kita!
“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”
5 Comments