Tahniah Cikgu! Senarai Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 - McDonald’s Malaysia Iktiraf 25 Guru Luar Biasa



Pada 14 Mei 2022 yang lalu McDonald’s Malaysia telah mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Anugerah ini adalah untuk menghargai para guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang “luar biasa” atas jasa mereka meningkatkan kecemerlangan akademik dan mewujudkan akses kepada pendidikan untuk anak murid.

Fakta Menarik Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022

  • Tahun 2022 merupakan tahun keenam penganjuran Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022
  • Anugerah ini telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan mulai 10 Mac hingga 2 April 2022.
  • 25 pemenang telah dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.
  • Sejak pertama kali dilaksanakan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah disampaikan kepada 131 guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara
  • Para penerima anugerah ini telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald’s, pegawai KPM dan pihak media.
  • Pencalon untuk pemenang anugerah ini turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.
  • Kisah-kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun ini boleh diikuti pada pautan berikut: https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate.


Majlis Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022



YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan yang merupakan tetamu kehormat majlis, telah menyampaikan anugerah ini kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi.


McDonald’s Malaysia umumkan penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 di Universiti Malaysia Kelantan pada 14 Mei 2022, yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pendidikan YB Datuk Dr Radzi Jidin.


Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia menerangkan kepentingan peranan guru dalam pembentukan masa depan negara dan megucapkan terima kasih kepada para guru atas komitmen mereka. 
Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia bekata dalam ucapan beliau dalam majlis ini :-

“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan. Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,”


“Semua murid mampu berkembang sebagai individu yang seimbang dan memenuhi potensi diri mereka dengan didikan dan asuhan guru. Dua tahun kebelakangan ini kita menghadapi situasi sukar, dengan sekatan pandemik yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran normal murid. Namun, kisah yang kami perolehi hasil pembacaan berdasarkan pencalonan diterima sejak bermulanya pandemik menunjukkan betapa kukuhnya semangat kemanusiaan dan para guru yang menjadi pemacu utama sistem pendidikan negara. Semasa memasuki fasa peralihan endemik ini, janganlah kita lupa semangat serba boleh yang terpahat dalam diri kita semua, penyesuaian yang dilakukan dan daya tahan yang ditunjukkan para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka, terutamanya ketika melalui masa-masa yang tidak menentu. Inilah yang perlu dibanggakan,”

En. Chan Chin Ho dan En. Rohaidee Bin Mustafa merupakan antara dua dariapada 25 pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 yang dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.


Berikut adalah Senarai Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Tahniah Cikgu!!

Bil.

Nama Guru

Sekolah

1

Encik Chan Chin Ho

SMK Durian Tunggal

2

Mdm Tan Wei Kuan

SJKC Chong Cheng

3

Puan Siti Ainulmursyida binti Shamsudin

SMK Orkid Desa

4

Encik Muhammad Suffi bin Yusof

SK Pangkalan TLDM

5

Encik Mohammad Noor Azlan bin Idris

SMK Syed Abu Bakar

6

Encik Tiew Feilix

SJKC Kwang Hwa

7

Puan Nur Afizan binti Mohd Zainon

SMK Dato' Bijaya Setia

8

Encik Awang Mohammad bin Awang Yahya

SK Semayan Pulau Banggi

9

Encik Norhailmi bin Abdul Mutalib

SMK Jerlun

10

Encik Rohaidee bin Mustafa

SK Tun Syed Ahmad Shahabudin

11

Puan Angela binti Joseph

SMK Mutiara

12

Encik Noreriffin Bin Norazaman

SMK Lailatul Shahreen

13

Puan Jasleen binti Mohamed Razali

SK Gong Nangka

14

Encik Ishak bin Hassan

SK Bandar Raub

15

Encik Lerry David

KV Keningau

16

Encik Hafizi Fazli bin Bakar

SMK Kemabong

17

Encik Mohana Ram a/l Murugiah

Methodist Girl's School

18

Encik HJ Khairu Rasid bin Mohamad

SMK Tan Sri Jaafar Albar

19

Encik Zulbaseri bin Husain

SK Parang Putting

20

Encik Maheswaran a/l Muniandy

SK Putrajaya Presint 9(1)

21

Encik Huzaire bin Haji Ahmad

SK (F) Mempaga 2

22

Encik Kelimin anak Lidam

SK Long Moh

23

Mohamad Zain bin Md Sevan

SK (F) Pasir Besar

24

Puan Aznida binti Abdul Aziz

Kolej Tingkatan Enam, Petaling Jaya

25

Puan Siti Rahimah binti Hamat @ Mamat

IPG Dato' Razali Ismail


Sambutan Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia


Selain itu, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi.


McDonald’s Malaysia juga akan mengagihkan baucar hidangan percuma kepada guru di seluruh negara sebagai tanda penghargaan buat sumbangan mereka kepada masyarakat. Baucar tersebut akan diedarkan kepada 500,000 guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan. Baucar hidangan percuma ini boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald's berdekatan sekarang hingga 30 Jun 2022.


Sesungguhnya usaha murni McDonalds Malaysia ini wajar dijadikan contoh dalam menghargai warga pendidik yang tidak pernah jemu membangunkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak kita!


“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”

Post a Comment

5 Comments

Nina Mirza said…
Tahniah penerima Anugerah! Terbaik McDonald's
Ezna Khalili said…
Bagusnya McDonald's memberi pengikhtirafan kepada guru-guru ini. Moga usaha ini teruskan lagi ya. Guru ibarat pelita yang menerangi dunia ini!.
SalinaJohari said…
Bagus inisiatif McD dalam menghargai jasa pendidik. Dulu pernah ada gak cita² nak jadi cikgu tapi takde rezeki
Aerill Hassan said…
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Tahniah juga kepada McD yang sentiasa menghargai insan-insan terbaik :)
Aerill Hassan said…
Tahniah kepada seua penerima anugerah & tahinah juga kepada McD Kkerana sentiasa menghargai insan-insan terbaik :)