Adik yang hati pemurah berkongsi rezeki dengan kawan

Setiap hari ada sahaja kisah adik di sekolah. Seronok tengok anak-anak enjoy school life compare dulu masa PKP, tak sanggup nak ulang moment tu. Ada satu kisah minggu ni, yang huda nak catatkan di blog sebagai kenangan momen adik di sekolah tahun 2022. 

inilah dia,anak bongsu mama, Arif Hakim. Time ni lepas vaksin, nangis manja..padahal tak sakit mana pun..

Adik yang hati pemurah berkongsi rezeki dengan kawan 



Semalam adik balik sekolah, macam biasa huda akan tanya 

Adik beli apa kat sekolah , berapa ringgit duit habis hari ni? 

Ahak terkejut bila dia cakap duit dia dah habis semuanya! 

Adik pun mula bercerita setiap ringgit yang dia gunakan di kantin sekolah. 

Sepatutnya ada baki lagi dalam dompet dia. Tapi.... 

Ada kawan dia takde duit , kawannya lapar. Jadi adik pun bagi RM 3 pada kawan dia untuk makan. 

Aduhai kesiannya kawan adik.. dah la lepas waktu sekolah kebangsaan lepas tu direct sekolah KAFA. 

Agaknya mak dia lupa bagi duit.. 

Its okay, siapa sangka, mama tergerak hati letak extra duit dalam wallet adik hari ni, dan lebihan tu adalah untuk adik sedekah pada kawan. 

Mama syukur dan puji sifat adik. Ada lebih tak kedekut nak berkongsi. 

Banyak kali juga, adik cerita dia berkongsi bekal dengan kawan dia. 

Alhamdulillah, mama doa anak-anak mama semuanya bersifat pemurah, tak kedekut dan baik hati. Sama-sama kita pupuk sifat ahli syurga dalam diri anak-anak. 




P/s - Lepas pick up adik dari sekolah, terus ke Sushi King, grab promosi Bonanza bulan May. 
Saja tanya, adik ada bagitau kawan adik ke adik nak makan sushi king bonanza? 

Adik jawab :

 Saya tak nak bagitau, saya takut kawan saya datang , nanti sushinya habis.. haha.. 

Familt Time & Sushi Time 

Confuse juga kadang-kadang, kejap baikhati sekejap kedekut.. 
bab makanan favourite dia memang susah sikit nak kongsi..hehe

Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
bagus adik ni