Makan di Chinese Restaurant Sedap di Shah Malam- Tung Yuen Restaurant ,Mardhiyyah Hotel & Suites


Makan di Chinese Restaurant Sedap di Shah Malam- Tung Yuen Restaurant  ,Mardhiyyah Hotel & Suites| Assalamualaikum. Okay nak sambung kisah raya tahun ni. Lepas huda staycation KL ,huda sambung jalan ke Shah Alam. Sebab utama nak repeat makan di chinese restaurant di Mardhiyyah Hotel.

Makan di Chinese Restaurant Sedap di Shah Malam- Tung Yuen Restaurant  ,Mardhiyyah Hotel & Suites

 
Tung Yuen Restaurant terletak di tingkat 1 , Mardhiyyah  Hotel & Suites


Dekorasi raya. Cantik kan? 

huda dah cuba few places, tapi restoren kat sini memang paling sedap. dulu huda pernah makan dimsum buffet kat sini. sedap.sungguh.

 
Lepas duduk, staff baru setup plating. Rindu kan makan diserve macam ni. Last time makan di hotel semua buffet, semua kena amik sendiri... 

Tapi masa huda datang kali ni, takde dah promo dimsum tu. so tempah makanan ala carte biasa.

Jom tengok menu yang kami order.


Mulakan dengan buah-buahan..satu set ni RM16. Ada strawberry, buah naga,anggur, tembikai dan tembikai susu.

kemudian sampai menu pertama yang kami order.
Pan fried Egg Noodle With Tiger Prawn & Thick Sauce
RM 37.20


Hong Kong Crispy Scallop Fried Rice With Fresh Scallop & Prawn 
RM 47.80


Fried Rice Noodle With Slice Beef & Bean Sprout 
RM 37.20

Portion setiap menu agak besar. setiap menu kami bahagi 4. so semua dapat merasa makan nasi, mee dan juga kew teow ( rice noodle) . Semua cukup rasa, sedap sangat. Antara 3 menu yang kami order, yang paling huda suka adalah Pan fried Egg Noodle With Tiger Prawn & Thick Sauce. Suami pula kata nasi paling sedap. Anak-anak pula kata semua sedap. Kira berbaloi sangat dengan harganya, memang ingredients fresh dan perfect! Owh rindu plak nak makan sini lagi...




Minuman yang kami order plain water jer.. dah la free flow. Bila kosong gelas, ada waiter datang refill. Mula-mula huda order mineral water , harga pun boleh tahan juga, Tapi staff tu suggest order plain water jer. So happy lah dapat jimat duit belasan ringgit untuk bayar harga air. Huda suka order plain water banding air manis, bukan sebab nak jimat sahaja, tapi its better choice, healthier choice. Menu makanan yang di makan banyak dah kalori so tak payah kot tambah kalori dalam minuman pula. 


InshaAllah,suami kata nak repeat lagi makan kat sini..semoga melimpah ruah rezeki kami sekeluarga dapat menjamu selera kat sini lagi.
Rekemen untuk korang datang sini untuk menjamu selera. Untuk tempahan boleh terus hubungi restoren  019-2616847. 


Post a Comment

0 Comments