Shopping Baju Raya 2022 di Pusat Pakaian Hari-Hari Murah , Berkualiti & Berbaloi


Shopping Baju Raya 2022 di Pusat Pakaian Hari-Hari Murah , Berkualiti & Berbaloi | Dua minggu sebelum raya huda dan keluarga kunjungi Pusat Pakaian Hari-Hari yang terdekat dengan rumah iaitu cawangan Gong Badak Kuala Terengganu. Huda memang suka shopping di sini sebab kedainya luas, kemas, dan paling penting staff di sini semua friendly. Bertahun-tahun shopping raya memang datang sini. 




Sebelum sampai sini, dalam kepala memang aim nak cari warna maroon. Sebab takde lagi baju raya kami sekeluarga warna tu. 
So survey pusing-pusing kedai dulu sampai lah jumpa yang betul-betul berkenan. 

Adik hakim pun dah besar, pandai pilih nak warna apa nak design apa.. mujur anak-anak follow jer plan mama...hehe.. 
Selain baju warna plain, ada juga baju raya lelaki bercorak / pattern. Nice juga kalau pakai ni..


Ada juga samping raya, songkok raya, kopiah raya pun ada kat sini tau. 


Hah! Korang nampak tak kurta warna maroon tu. Encik suami pun berkenan. Apa lagi panggil staff untuk bantu kami cari baju sepasang anak beranak warna sama. Alhamdulillah, pantas staff buat kerja, lepas few minutes, settle dah baju anak-anak dan papa! Fuh lega sungguh apa yang di idamkan terlaksana =) 



Next, jom hunting baju mama pula. 

Alhamdulilah, jumpa juga design dan warna yang berkenan. Syukur Allah permudahkan shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Senang , satu tempat jer settle semua! We are so ready to RAYA!! 

Seronok shopping setempat jer dapat semua baju matching kami anak beranak

Settle shopping baju raya maroon, huda survey-survey juga barang lain di sini. Antaranya blouse raya, baju tidur kaftan, baju raya lagi satu, hehe.. 


Kalau korang ada baby girl , cantik-cantik juga dress kat sini. Huda tengok-tengok jer la. anak semua lelaki..


PROMOSI HARI RAYA DI PUSAT PAKAIAN HARI HARI 2022


Tahu tak anda untuk Raya ini Hari-Hari ada bagi discount 10% untuk pemegang kad Watsons!
Jom serbu ramai-ramai untuk FREEGIFT
Bagi pembelian RM100 keatas PERCUMA sampul raya dan bagi pembelian RM200 keatas PERCUMA beg woven Hari-Hari. Bermula 9 April ini!
Sementara stok masih ada tau!


Cantik kan design sampul raya ni? Nampak eksklusif so plan nak bagi parent dan in law... 

Ada lagi
Rebat 10% untuk pembelian Online!
90 cawangan seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: www.ehari.com
#KBBA9 #BajuRaya2022 #HariHariRaya2022 #MarilahPergiHariHari #KBBA9xHariHari #ShoppingRaya #PromosiAidilfitri #HariRaya2022 #BajuRaya2022




























Post a Comment

15 Comments

Rawlins GLAM said…
Memang pusat sehenti yang power la Hari-Hari nie. Semua ada - senang nak cari dan harga pun berpatutan
Min said…
Siap ada diskaun lagi utk yg ada kad Watsons. Bestnya shopping dekat Hari-Hari, semuanya lengkap untuk beraya nanti.
Selina Wing said…
Selamat Hari Raya, harap kamu sekeluarga gembira beraya apabila shopping di Hari Hari kedai! Banyak murah2 baju raya than the shopping malls..
iena eliena said…
iena pun beli baju raya adik lelaki yang bongsu dekat pusat pakaian hari hari. Murah murah baju melayu dan kurta dia compare to kedai lain
fafa (n_n) said…
Memang berbaloi kalau berbelanja kat hari hari. Murah dah berkualiti. I suka sangat
banyak juga pilihan pakaian dari hari-hari... suka tgk dan paling penting harganya memang sangat berpatutan
Marina Bashah said…
cantiknye design sampul duit raya dia. baju raya kat sini pun cecantik. rambang mata
Sis Lin said…
Sis selalu gak teman adik-adik beli pakaian di sini, bukan kata raya je, selalu juga pergi.. memang berbaloi kannn..
halimah muhiden said…
Wah... shopping raya kat Pusat Pakaian Hari-Hari, memang murah pakaian kat situ, kak pun suka shopping kat Hari Hari
Ruby said…
Banyak koleksi pusat pakaian hari-hari ni. Tiap tahun nampak semakin improve dengan rekaan lebih trendy. Selamat Hari Raya kak!
Kitkat Nelfei said…
Tue yang suka shopping kat Hari-Hari ni, one brand with many options available... harga pun sangat berpatutan kan without neglecting the quality at the same time...
kat sini, sesuai sangat untuk yang last minute nak cari baju raya kan. Buat pulak tahun ni pun raya mengejut haha.
Rolling Grace said…
this is such a great place to do shopping for clothes, even if raya is over. the prices are so reasonable and the choices are amazing!
Tini Alif said…
Cantiknya design sampul raya Pusat Pakaian Hari-Hari. Rasa sayang pula bila tengok design sampul raya yang cantik macam tu. By the way, baju-baju raya yang ada kat sana pun nampaknya menarik juga. Sesuai digayakan dalam pelbagai keadaan kan. Nak pakai pergi kerja pun boleh juga tu.
Tini Alif said…
Terbaiklah! Alang-alang raya terkejut, memang sesuai sangat untuk mereka yang nak shopping last minute. Macam kami sekeluargalah. Masuk kedai, pilih warna, design, try terus ONS. Tak cari lain dah. Tak sampai sejam settled baju raya untuk 6 beranak. Hehehehe.