PILIHAN BUSANA MUSLIMAH KEMAS, SOPAN LAGI BERGAYA KINI DIPERTONTONKAN DI MALAYSIA BERSAMA PENYANYI IMAN TROYE


Buat pertama kalinya, jenama fesyen SHEIN tampil membuat kejutan dengan memperlihatkan persalinan kaftan, abaya, tudung beserta persalinan pakaian bergaya yang lainnya. Bagi meraikan pelancaran itu, SHEIN turut bekerjasama dengan penyanyi berbakat besar Malaysia iaitu Iman Troye.




Himpunan pakaian muslimah yang dipilih khusus langsung digayakan oleh Iman kini tersedia disemua platform SHEIN. Ceraian pakaian yang dibentangkan bersempena Hari Lebaran ini hadirdiolahkan dengan siluet polos lantas dibaluti aura feminin yang bakal melengkapkan mana-managerobok pakaian.Artis rakaman yang sedang meningkat naik ini tidak asing lagi di dalam membuat kejutan kemunculannya, Iman adalah antara salah satu penyanyi tempatan yang tampil mewarnai papan iklan Times Square di New York City. Antara lagu hits nyanyiannya adalah “Teman,” “Pejam Celik HariRaya,” dan “Nang,” lantas kian mencipta nama sejak memperdengarkan album debutnya pada 2020.




SHEIN Malaysia juga bakal menganjurkan acara penstriman secara langsung #SHEINGayaRaya pada15 April 2022, jam 9 malam bersama hos Isha Norsham dan Shiha Zikir. Sekali gus, bakalmemaklumkan jualan kilat serta hadiah menarik yang tersedia untuk direbut.Pelancaran himpunan Fesyen Muslimah baharu di laman web SHEIN Malaysia hadir hanya beberapaminggu menjelang kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 3 Mei. Hari yang dinantikan-nantikan oleh selautan umat Islam di dunia ini sudah pasti, dimulakan dengan salam-salaman sesama keluarga di awal pagi sebelum mengunjungi masjid bagi mensyukuri kurnia nikmat Ilahi.

Demikian, SHEIN menyediakan persalinan untuk digayakan pada Hari Lebaran dengan corakpotongan yang lebih bergaya. Lantas dibentangkan sama dengan pelbagai pilihan saiz juga warna untuk dipilih.

“SHEIN tidak pernah mengecewakan saya dengan pelbagai pilihan pakaian yang boleh saya suai danpadan mengikut gaya tersendiri! Saya berharap koleksi eksklusif ini bakal menambahkan warna sertakarakter buat gerobok pakaian anda seperti yang dihadirkan buat saya!” kata Iman.


Dapatkan seluruh koleksi Fesyen Muslimah Iman Troye hari ini dihttps://my.shein.com/campaign/imantroye.



Tentang SHEIN

Ditubuhkan pada 2012, SHEIN ialah peruncit dalam talian global terkemuka dengan operasi diGuangzhou, Singapura dan Los Angeles, bersama-sama dengan pasaran utama yang lain. SHEINmenjangkau pengguna merentasi lebih 150 negara dan wilayah di seluruh dunia. Kami meletakkan pilihan premium, membawakan lebih daripada 6,000 produk fesyen, kecantikan dan gaya hidup baharu setiap hari dengan lebih daripada 600,000 item tersedia. Misi kami adalah untuk membantu umum dalam mengekspresikan keperibadian melalui trend terkini yang mudah diakses dalam harga berpatutan. Aplikasi SHEIN tersedia secara percuma pada iOS dan Android. Untuk maklumat lanjutdan kemas kini, lihat laman web rasmi SHEIN (https://my.shein.com) dan saluran media sosial (Facebook | Instagram | TikTok | Twitter | YouTube)

Post a Comment

0 Comments