Bercuti di GBW Hotel dan Sambut Anniversary Dengan Romantic Dine-In Package



Bulan Disember, bulan cinta yang penuh sambutan sana sini. Termasuk juga huda dan suami yang sambut Anniversary kami yang ke 9 tahun. Alhamdulillah, hampir sedekad hidup  melayari bahtera rumah tangga. Huda rancang percutian dan sambutan istimewa dengan pakej makan romantik di GBW Hotel, Johor Bahru. Jom baca pengalaman huda menginap dan sambut 9th Anniversary di sini yang tak dapat di lupakan. 

Bercuti di GBW Hotel dan Sambut Anniversary Dengan Romantic Dine-In Package


Berbaloi Sungguh Bercuti di GBW Hotel , Johor Bahru. 

Memang banyak pilihan hotel di bandar Johor , namun GBW Hotel menarik perhatian huda sebab lokasi yang strategik. Lokasi GBW Hotel, Johor Bahru betul-betul menghadap R&F Mall. Ada jenjantas di sediakan untuk memudahkan menyeberang pergi ke mall. Menarik kan? 



Bila bercuti , bab harga huda memang paling concern. Pastinya nak harga jimat tapi dapat macam-macam tawaran. Korang macam tu tak? 

Meh huda nak kongsi promosi yang sangat berbaloi! Especially untuk yang berkeluarga. Jom plan Family End Year Getaway dengan kos yang sangat affordable. 

Holiday Saving Family Package- RM 190 SAHAJA!!



✅Upgrade to Executive Room
✅ One Extra Bed
✅ Breakfast for 3 pax
✅ Welcome Drink
✅ Shuttle Service



View sunset yang memukau. Saat kami melangkah masuk ke dalam bilik kami sudah teruja! Permandangan bandar JB dan kami boleh nampak Singapore juga dari sini!



Review Bilik Executive Queen Room  

Huda dapat free upgrade ke Executive Room yang terletak di tingkat 14. Masuk jer bilik memang sangat teruja sebab bilik luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan bertaraf 5 bintang! Serius berbaloi sangat kami pilih bercuti ke GBW Hotel. Memang selesa dan lengkap semua kemudahan. 




Melangkah masuk pintu bilik kami, ada Kitchenette yang lengkap dengan cerek elektrik dan tea coffee di dalam laci. Microwave dan mini bar pun ada. Paling best ada sinki tu, senang nak basuh cawan dan basuh tangan lepas makan. Takde lah kena masuk toilet kan...

Bilik executive di GBW Hotel ni memang luas siap ada separate Dining Area dan juga bilik. Terasa cam orang kaya jap cek in bilik ala-ala suite gitu tapi harga terlajak murah. Ini lah port kami sekeluarga lepak-lepak tengok TV, makan-makan dan bersantai rapatkan family bonding. 



Kemudian kami masuk ke ruangan bilik pula. bilik dengan katil queen yang cukup empuk dan selesa untuk kami rehatkan badan selepas seharian travel. Anak-anak lena betul di hotel ni, rasa macam kena repeat lagi jer pergi sini..hehe...


Inilah reason paling kuat nak kena repeat bercuti ke sini sebab ada bath tub di en suite bathroom di bilik kami. Anak-anak pastinya yang paling seronok kan dapat berendam. Time PKPB kami cek in hotel ni, jadi swimming pool memang tutup, dapat main dalam bath tub ni pun cukup kan... Bilik air  pun luas lengkap dengan toiletries macam sabun, syampu , berus gigi dan lain-lain. 


Keesokkan paginya makan breakfast di restoren hotel. Jangan risau restoren di GBW hotel ini patuh SOP , sebelum masuk kena ambil bacaan suhu, scan QR Code My Sejahtera dan wajib pakai sarung tangan untuk ambil makanan.buffet breakfast di D’Mezzanine Restaurant. Ruang restoren yang luas jadikan huda sangat selesa untuk makan. Pilihan makanan pagi pun ada macam-macam. Menu asian ada, menu western ada. Pilih jer..  Semuanya sedap!

Romantic Dine -In Package di GBW Hotel  yang PERFECT!

Dah nama trip kali ni Anniversary trip kan? Mesti lah nak cipta moment yang istimewa. Jadi sebelum cek in huda buat tempahan Romantic Dine-In Package. Pakej ini available untuk lunch dan juga dinner. Kami pilih untuk makan time lunch. 

Terbaik pilihan kami untuk stay di sini dan tempah romantic Dine- In Package di GBW Hotel sebab layanan memang tip top, makanan pun 5 bintang! Meh huda belanja sikit 4 course menu yang kami nikmati di sini. 


1 - Appetizer  
  • Prawn Cocktail & Avacado  with Citrus Fruit Salad
2- Starter / Soup 
  • Prawn Bisque or Crab Bisque Cappucino ( Served with Soft Roll & Butter) 
3- Main Course 
  • Pan Seared Salmon 
4 - Desserts 
  • Tiramisu with Fruit Cocktail 
  • Lemon Brulee & Cardamon Parfait with Raspberry Sauce
  • Complimentary Cake


Kami makan-makan bermula dari pukul 12.30 tengahari sampai ke 2 lebih.. lama sungguh makan sebab kami di hidang 4 course meal iaitu starter, appetizer , main course dan juga dessert yang sangat lazat. Untuk   menu main course ada few pilihan dalam pakej ni. suami huda pilih untuk makan Chicken Cordon Blue Served with Cranberry Orange Sauce,  manakala huda makan Pan Seared Salmon with Creamy Avacado Salsa ( served with vegetable rolls and mashed herbs potatoes). 






Selain menu 4 main course di atas , kami juga di hidangkan dengan jus honey dew yang sedap, dapat complimentary gift , kek choc moist . Dekorasi meja juga membangkit mood romantic. Suka rose merah penyeri meja..


Time makan sempat juga staff di sini yang friendly snap gambar kami berdua. Memori indah dapat romantic dine dengan encik suami. 

Happy 9th Anniversary to us! Doakan kami bahagia bercinta sampai syurga.. 

Actually kami makan berdua , the arifs syok main Lego. Bagi  peluang mama papa yer bercinta sekejap. Kemudian kami ajak anak-anak makan sekali habiskan menu main courses dan juga dessert. Time anak-anak datang , staff di sini sangat baik hati, belanja diorang fresh orange sorang segelas. 



Berapa harga Romantic Dine -In Package ni? 


Bagi huda, harga yang di tawarkan cukup murah dan berbaloi dengan makanan di hidangkan yang sangat sedap! semua menu kami makan sampai licin tau. serius sedap chef di GBW Hotel ni masak. Haish..craving for more... 

Eh terbebel pulak, nak cakap pasal harga jer kan sebenar yer...hehe.. 

Harga Romantic Dine -In Package ni cuma RM 80 sahaja!! murah kan??  biasa dinner gini di hotel semua harga 3 angka tau..  




Jadi huda sangat rekemen untuk korang juga nikmati makan malam romantik di GBW Hotel bersama insan tersayang.. 

Okay, rasanya celoteh panjang lebar dah kan? Berminat nak stay di GBW Hotel dan tempah pakej Romantic Dine-in yang best ni? 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan korang boleh cek di sini yer :- 

Website : https://www.gbwhotel.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/gbwhotel
Instagram : 
https://www.instagram.com/gbwhotel/



Post a Comment

24 Comments

umminani said…
wah bestnya, blh la try stay kat situ balik JB nnt
Julia Johari said…
RM80? Serius la? Murah ni tau...ishhh mcm nak buat surprise la hahaha tq huda.
Tekkaus said…
Wow only RM80? THat is really, really affordable given the spacious place and myriads of facilities. The view from your room looks amazing too.
edahyukarim said…
Murahnya RM80 je.. Makanan pun nampak sedap, tengok gambar pun dah tergoda ni 😆
Farhana Jafri said…
aww sweetnya! Meal semua nampak cantik plating dia. Even deco and gift pun caantik, memang sesuai sangat lah celebrate anniversary dekat sini. Murah pulak tu
Cik Puan Ena said…
Bestnye sambut anniversary kt hotel. Jeles tgk. Hehe. Semoga bahagia till jannah Aaminn
Kak Fas said…
Wow! Selamat ulang tahun perkahwinan. Nasib la dah bole rentas negeri jadi sesiapa yg rancang nak cuti tu bole la cuba hotel ni jika ke Johor.
Sis Lin said…
Wowwww kemain lagiii datang Johor berbulan madu ya hehehehe.. Bestkan GBW Hotel ni, selesa dan sesuai untuk family satycation...
Rawlins GLAM said…
Happy anniversary and for many more years to come. Dah boleh rentas nie - macam nak ke selatan je rasanya nie
Nadia Johari said…
Bestnya hotel ni.. 190 je boleh upgrade ke suite sebesar tu. Separate dine dan katil. Ada jejantas ke mall.. Best.. Ade bath yub tubpenting. Lunch pun semua sedap.. Rm80 je.. Murah
oh nice they have bath tub at GBW Hotel. kids sure happy to stay there with parents haha I like the room too
Yusuf Ahmad said…
Best hotel ni.... memang kena menginap kat hotel ni
Ummi said…
Tahniah dan selamat ulang tahun yg ke 9. Murahnya rm80. Masa saya ke JB bulan 8 aritu, stay kat Airbnb je, sebab tak tau pulak ada hotel yg murah dan best mcm ni.
Seronoknya dapat bercuti satu family dekat hotel ni, nampak selesa sekali... semua kemudahan ada, makanan pun nampak sedap dan menarik.
Kitkat Nelfei said…
Seriously? Murahnya staycation kat hotel ni dan dining package dia pun sangat berbaloi kan.. Boleh plan for trip ke sini la nanti..
saidila said…
Tahniah huda dan suami ...happy anniversary juga ! semoga keka bahagia bersama keluarga tercinta hingga ke syurga hendaknya....best yer dapat tajaan percutian kat hotel mewah macam ni...mesti jadi kenangan indah buat huda sekeluarga ...
Selalu bc ttg hotel ni. Nampak menarik dengan semua promosi yg ditawarkan. Klu turun jb boleh try menginap kat sini
Mohaz Sue said…
Cantiknya bilik!! Harga pun berbaloi sangat! Happy anniversary Huda n suami
precious cla said…
Wow...happy 9th anniversary to both of you !! Kekal bahagia hingga hujung nyawa. Happy for you and that hotel looks grand too !
atiehilmi.com said…
aduhhhhhhhhhhhhhhhhh.. best nya sambut anniversary camgini !! hee~ nak pegi Johor gak lah.. anniversary pun nak dekat ni..
nikkhazami said…
selain dapat tidur dengan selesa, makanan kat hotel ni pun nampak sedap. dah lama tak makan mcm ni sejak pkp
marsha said…
Marsha pernah menginap kat sini memang best. Nanti boleh nak cuba pakej anniversary tu. Menarik!
Aisya Ismail said…
Boleh ceelebrate anniversary tahun depan ni.
Tengkubutang said…
wah.. sukanya tengok dekorasi dan susunatur serta pemilihan warna perabot di hotel ni.. sedap mata memandang.. ehem.. sambut anniversary kat sini mesti best kan!