Pemeriksaan Mata Secara Professional di Optom Bangi Dengan Layanan VIP



Pemeriksaan Mata Secara Professional di Optom Bangi Dengan Layanan VIP | Hye, Assalamualaikum. Hari ni huda nak sharing tempat terbaik untk korang buat pemeriksaan mata. Huda pernah kongsi pengalaman huda dan keluarag buat pemeriksaan mata di Optom Bangi pada entry Disember tahun lalu. Jadi kali ni huda nak sharing semula, sebab ramai orang terlepas pandang kepentingan untuk melakukan pemeriksaan mata.

 Penting ke Buat Pemeriksaan Mata Dengan Pakar Mata Professional ?

Kebanyakan pesakit dengan masalah mata berkaitan usia tidak mengalami sebarang tanda-tanda pada awalnya. Masalah mata tersebut bertambah serius secara perlahan-lahan dalam jangkamasa bulan ke tahun tanpa banyak gejala. Maka tidaklah menghairankan ramai warga emas yang tidak mengadu masalah penglihatan sehingga ia terlewat.

Punca-punca utama masalah penglihatan di kalangan warga emas ialah katarak, masalah rabun, glaukoma, masalah retina dan degenerasi makular berkaitan usia. Kebanyakan punca-punca tersebut boleh dicegah dan dirawat sekiranya dikesan awal.

Pemeriksaan Mata Secara Professional di Optom Bangi Dengan Layanan VIP


Pengalaman Huda Sendiri ke Optom Bangi. 
 Pemeriksaan Mata Dan Khidmat Penjagaan Awal Mata Secara Profesional




Kenapa huda cakap Optom Bangi ni pakar mata professional bukan seperti kedai cermin mata yang biasa korang pergi untuk tempah buat spek? 

Optom Eyecare Bangi bukanlah sekadar tempat pemeriksaan mata biasa-biasa. 
Pelbagai perkhidmatan ditawarkan untuk mengetahui keadaan kesihatan mata iaitu :- 

1) Klinik Optometri Primer

  • Pembiasan
  • Anterior dan Posterior
  • Pemeriksaan mata

2) Penglihatan Binokular
  • Juling mata

3) Optometri Pediatrik
  • Penglihatan Kanak-kanak

4) Opthalmic Dispensing
  • Kanta Lekap
  • Prescription Glasses
  • Sunglasses

Optom Eyecare Bangi - Mesra Pelanggan , Layanan Macam VIP 

Suami dan anak-anak huda sangat selesa dan berpuashati dengan perkhidmatan professional dan layan kami macam VIP tau. Rasa berbeza sungguh layanan di Optom Bangi dengan kedai cermin mata lain. Anak-anak pun selesa buat pemeriksaan mata di sini. 

Di Optom, kepuasan para pelanggan menjadi keutamaan. Ketika kunjungan kami ke Optom Bangi, dari awal masuk pintu, kami di sambut baik oleh staff. Ruang menunggu yang kondusif , sofa yang selesa dan juga smart TV. Ketika huda dan suami buat pemeriksaan mata, anak-anak di luar di layan mesra oleh staff. Siap dapat makanan dan tengok youtube. best kan?






Optom Bangi Dengan Tinggi Kredibiliti & Professional. 

Sebelum huda datang sini, huda ada baca banyak pengalaman orang lain dan sangat yakin dengan kredibiliti Optom Bangi . Pakar mata di sini cekap mngendali kes kerabunan, sistem fokus otot mata dan sistem jajaran penglihatan mata. Optom Eyecare dilengkapi dengan kemudahan terbaik bagi membantu mengembalikan fungsi asal dan keselesaan penglihatan mata untuk kehidupan seharian yang lebih baik dalam menjalani sebarang aktiviti.

Selain itu,  Optom Eyecare Bangi juga bertanggungjawab dan konsisten dalam menyampaikan maklumat, supaya masyarakat peka tentang penjagaan mata . Sebelum huda jumpa Optom, huda sendiri akui, tak endahkan sangat kesihatan mata.

Dari pengalaman sendiri huda memang sangat sarankan korang semua, bawa satu family datang buat pemeriksaan mata di sini. 
InshaAllah dengan kepakaran yang profesional serta berstruktur dan bersistematik apabila menguruskan sesuatu kes yang melibatkan kepakaran optometrics bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk sesuatu rawatan.
Melalui pemeriksaan secara klinikal, , pemeriksaan kesihatan mata luaran dan dalaman,   pakar di Optom Bangi akan menawarkan rawatan mata dan penyelesaian dalam penjagaan mata.




Nak Cermin Mata Custom-Made - Ikut Bentuk Mata & Wajah ?

 Optom Eyecare Bangi menawarkan kepada pelanggan untuk menempah cermin mata yang unik mengikut bentuk mata dan sesuai dengan wajah. Cermin mata " BESPOKE" yang di custom-made ni pasti memberi kepuasan yang terbaik kepada pelanggan. 

Jom Buat Pemeriksaan Mata Secara Professional di OPTOM BANGI! Huda dah, korang bila lagi? 


OPTOM EYECARE BANGI

No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9

Untuk maklumat lanjut dan juga sebarang pertanyaan boleh hubungi Optom Eyecare Bangi di :-
Website: https://optom.com.my/
IG: www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi






Post a Comment

0 Comments