Cara Buat Ekstrak Stevia dari Daun Stevia Kering ( ECO Shop)



Cara Buat Ekstrak Stevia dari Daun Stevia Kering ( ECO Shop) |  Hari tu saja window shopping kat Kedai ECO. Suami drop huda di kedai ECO, dia pergi mana tempat lain. Huda ada masa lebih kurang setengah jam. Jadi huda ronda2 dalam kedai ECO yang agak besar di area rumah huda. Paling lama duduk kat part makanan . Jumpa plak daun stevia kering. Terus amik. Lepas tu, nak buat macamana tak tahu.. hehe, maka tanya lah Mr Google. So nak sharing kat sini lah.. mana tau korang pun boleh dapat manfaatnya. 

Cara Buat Ekstrak Stevia dari Daun Stevia Kering ( ECO Shop) 




Langkah Pertama 
Kisar daun stevia kering dalam pemproses makanan atau penggiling kopi untuk membuat serbuk stevia tulen.
Huda gunakan Thermomix. Kisar selama 20 saat dengan speed 10. Hasilnya  dapat fine stevia powder.


 

Langkah Kedua 
Untuk membuat ekstrak stevia, larutkan 1/4 cawan serbuk stevia tulen dengan 1 cawan air panas. Kacau dan biarkan pada suhu bilik selama 24 jam. 








Langkah Ketiga
Selepas 24 jam, tapis serbuk stevia dari cecair dan simpan ekstrak stevia di dalam peti sejuk.

Maka boleh guna sebagai penganti gula dalam minuman dan makanan. 
Sama-sama kita pilih #healthylifestyle dan slow2 kurangkan penggunaan gula. 

Lepas ni huda plan nak beli pokok daun stevia ni sendiri lah. Nampak kat Shopee ada jual. Nanti in future boleh petik daun stevia sendiri dan buat stevia extract from scratch. Sound amazing right? 


Kalau taknak tanam pokok beli jer daun stevia kering , tak pun beli terus yang dah siap serbuk - Stevia Powder. Semua ada kat Shopee kan... hehe. 







Huda memang tengah semangat berkobar huda semua food homemade dan made from scratch. Semua sebab lepas ada Thermomix yang hebat ni. 

InshaAllah misi #GetFitWithThermomix tahun 2021 ni akan tercapai dan buang 10 kg dari badan ni! yeah, i can do it! 



Post a Comment

0 Comments