Yeay! Sunway Theme Parks Kini Sudah dibuka Semula!!



Yeay! Sunway Theme Parks Kini Sudah dibuka Semula!!  | Sambutan Yang Memberangsangkan Di Sunway Lagoon Dan Sunway Lost World Of Tambun Sempena Pembukaan Semula. 

Susulan pengumuman pembukaan semula taman tema , Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun mendapat sambutan yang memberangsangkan meskipun rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan. 


Sunway Lagoon




Lost World of Tambun



Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun kembali beroperasi sepenuhnya bermula pada 6 March 2021.Orang ramai mula memenuhi dan berbaris di perkarangan Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Tambun sekitar jam 9 pagi menunggu taman tema tersebut dibuka jam 10 pagi.



Sunway Lagoon


Lost World of Tambun



Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun masing-masing menerima daripada 2300 dan 1200 pengunjung buat hari pertama pembukaan semula taman tema berikut.

Menurut Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks.


“Kami berasa bersyukur melihat orang ramai kembali ke taman-taman tema kami sebaik sahaja pihak kerajaan membenarkan kami untuk kembali beroperasi. Taman tema kami menjenamakan semula State Of Play yang baru dengan SOP yang lebih baik di samping mengekalkan keseronokan di taman tema kami kerana keselamatan pengunjung adalah keutamaan kami.” 

Tambahnya lagi,

 “Antara SOP yang ditambah baik adalah kami sentiasa mensanitasikan kesemua kawasan titik sentuh yang tinggi dan rides kami bagi setiap pusingan. Kolam renang kami selalu dibersihkan bagi setiap minit. Kami turut mempraktikkan penjarakan fizikal di setiap kaunter dan stesen kami.”

Kedua-dua dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa. Sunway Lagoon akan beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 6 petang manakala Sunway Lost World Of Tambun beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 11 malam. 



Jadi boleh korang semua have fun luangkan masa di Sunway Theme Park, jangan risau. InshaAllah kita sama-sama jaga SOP sebaiknya. dan Allah sentiasa lindungi kita dan keluarga. Kasihan sangat pada anak-anak yang sudah lama berkurung, jaga emosi mereka dan hadiahkan kebebasan bermain di Sunway Theme Park!!

Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
wahhhh bestnya. boleh pergi sana dgn family
majlis cukur jambul
aqiqah anak perempuan
kelebihan sedekah