Sedap ke Dimsum di Kedai ECO RM2 ?


Sedap ke Dimsum di Kedai ECO RM2 ? | Minggu lepas, huda pergi kedai ECO , niat nak beli tisu jer. Tapi biasa lah lebih RM 50 gak habis..ish.ish. Tu orang kata kedai ECO RM2 ni memang berhantu kan? Korang tengok tak iklan kedai eco berhantu, serius lawak. haha... Okay, minggu lepas secara tak sengaja juga, dah nak balik dah, encik suami beratur, huda pulak tergerak pulak kaki ni pergi jengah apa dalam peti sejuk beku. Alamak, ada dimsum. Ish, dah la memang pengemar tegar dimsum. Tanpa berfikir terus amik semua jenis yang ada! 

Sedap ke Dimsum di Kedai ECO RM2 ?



Lepas beli baru terfikir...  Berbaloi ke aku beli ni dan mula lah gerak hati berbisik... 

Sedap ke Dimsum di Kedai ECO RM2 ?

Semalam baru huda rajin nak masak dimsum yang dibeli last week dan buat sekali dumpling. Kulit dumpling pun huda beli sekali dengan dimsum di kedai ECO .

Cara masak dimsum ni mudah jer, hanya perlu kukus selama 10 minit. Direct keluar dari freezer pun boleh terus kukus, tak payah tunggu defrost pun. 




Sambil-sambil tu, huda dan suami buat  dumpling. Isi dumpling buat sendiri, ikut resipi kat Google. 

Buat dua versi, dumpling kukus dan goreng. Tak buat sup sebab tak rasa nak makan sup.. 





Pencicah pun tak buat, just guna sos cili campur dengan sambal cili api stok kat dalam peti sejuk. Nampak kan malas , nak cepat jer..hihi..

Okay, siap semua masak, masa untuk makan! 

Fuh.... 

SEDAP lah! Arif pun banyak dia makan. Laju jer pulak tu. hehe

Lepas rasa semua jenis, huda paling suka yang blackpepper. Lagi kick rasa dia. 
Kulit dumpling pun okay, nak buat dumpling sekarang mudah sangat. Rasa kulit dia pun sedap. Encik suami prefer di goreng, sebab rasa crispy. 

Serius sedap dan huda pasti akan borong lebih banyak lepas ni di kedai ECO. 
So kalau korang memang pengemar dimsum, boleh la try. Jimat banyak kot banding makan kat restoren. Teringat tahun lepas , time huda bercuti di  Ipoh, Perak, singgah makan dimsum di Greentown Dimsum Cafe  yang femes tu, agak banyak gak la duit melayang. hihi. 

Sekian perkongsian tentang Dimsum kedai ECO RM 2. Petang ni nak pergi beli lagi... 

P/s : Dah try ke beli barang kedai ECO di Shopee?  Orang kata lagi syok shopping online ni.. huda ikut mood.. kalau mood rajin berjalan, syok pergi ke kedai jer.