30 Orang yang Pertama dalam Islam
Assalamualaikum, Alhamdulilah Jumaat pertama di tahun 2018. Tahun 2018 ini huda nak berazam nak lebih rajin belajar tentang sejarah islam. Sebab bila kita lebih mendalami sejarah Islam, semakin kita lebih sayangkan Islam dan berusaha menjadi muslim dan muslimah sebenar.
Huda nak kongsikan di blog dan mudah huda nak rujuk nanti untuk ceritakan kepada anak-anak.
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM.
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam :Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhitan :Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan sa'i antara Safa & Marwah :Sayyidatina Hajar
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi Khalifah Islam :Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan Kalender Hijriyyah :Umar bin Al-Khattab
10. Orang yang pertama meletakkan Jabatan khalifah dalam Islam :Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi MuhammadSAW :Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :Haris bin Abi Halah
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :Sumayyah binti Khabbat
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /lembaran :Abdullah bin Amru bin Al-Ash
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :Saad bin Abi Waqqas
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan menyerukan adzan: Bilal binRabah
17. Orang yang pertama sholat dengan Rasulullah SAW :Ali bin Abi Tholib
18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW :Tamim Ad-dary
19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Zubair bin Al-Awwam
20. Orang yang pertama menulis sejarah Nabi Muhammad SAW :Ibban bin Othman bin Affan
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang pertama menggagas usul fiqh :Imam Syafi'i RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:Ali bin Abi Tholib
24. Orang yang pertama menjad iraja dalam Islam :Muawiyah bin Abi Sufyan
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan umum :Harun Ar-Rasyid
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar bin Khattab
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an setelah Rasulullah SAW :Ali bin Abi Tholib
28. Orang yang pertama membangun menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :Mus'ab bin Umair
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
Nanti Arif dah besar dan dah faham tentang Islam, huda nak ceritakan tentang 30 orang yang pertama dalam Islam. Impian huda juga nak bawa anak-anak lawat kawasan penting dalam sejarah islam seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kelak, InshaAllah, semoga murah rezeki anak-anak mama Amin... 

Insha Allah.. sampai hajat ni nanti. Tq sharing Huda
ReplyDeleteMoga dimurahkan rezeki untuk ke tanah suci.
ReplyDeletealhamdulillah..perkongsian bermanfaat.terimakasih
ReplyDeleteBoleh juga dijadikan ilmu baru ni sebagai cara unutk pupuk anak sayangkan Islam dengan lebih mendalam. Sekarang ni pun Fadzi selalu cerita pasal Allah, pasal Islam dekat anak sendiri walaupun dia tak berapa faham lagi.
ReplyDeleteThanks for sharing.
ReplyDeleteSemoga kita tergolong dalam golongan ummat Muhammad (SAW) yang menerima Syafaatnya.
Thanks for the infor. I learnt some other ethnics culture here.
ReplyDeleteawaa.. terima kasih untuk infonya.. rasa pernah baca dulu tapi tak ingat.. yang selalu buat entri macam ni blogger indonesia.. hee~
ReplyDeleteBagus info ni. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan.
ReplyDeleteTq huda nak simpan jugak la,tuk cite kat anak nanti.
ReplyDeleteBagus perkongsian ni. Dapat juga pengetahuan dan pengajaran dari tulisan ni. Semoga bermanfaat buat semua.
ReplyDeleteInsyaallah, moga tercapai hajat sis tu. Aamiin
ReplyDeletehahaha i never heard of this. but thanks for sharing now i know!
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
Terima kasih atas perkongsian. Boleh sama2 belajar gan anak nanti ni..:D
ReplyDeleteInsyaAllah kak impian akak akan tercapai. Niat baik macam ni pasti dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Saya pun plan camtu utk anak-anak. Melawat tempat Sejarah Islam. Dapat ke Aceh Indonesia pun OK.
ReplyDeleteGreat info, thanks for sharing.
ReplyDeletealhamdulilah sangat bermabfaat informasinya
ReplyDeletebanyak yang telah dilupakan... entri ini refresh kembali apa yang telah dilupakan.
ReplyDeleteTerima kasih mengingatkan perkara sebegini - elok untuk santapan jiwa dan peringatan untuk semua. Terima kasih.
ReplyDeleteDpt refresh balik bab2 ni
ReplyDeleteThanks
Banyaknya benda baru yang saya baru tahu. Suka baca info macam ni. Teruskan ya.
ReplyDelete