Beli Planner 2021 Paling Mahal dalam sejarah hidup huda…



Beli Planner 2021 Paling Mahal dalam sejarah hidup huda…  | Rasanya, mostly semua planner tahunan dapat free hadiah dari PR atau dapat free gift. Namun dalam sejarah hidup huda, sanggup berbelanja agak mahal juga lah demi sebuah planner tahun 2021. Huda tertarik nak beli masa tengok live promosi tempahan planner 2021 di 7 am Club dan keistimewaan planner 2021 dari Prof Muhaya ni yang lain dari yang lain.


Beli Planner 2021 Paling Mahal dalam sejarah hidup huda…

 

Harga Planner 2021 7 am Club

 




Set ni dapat macam-macam bukan sekadar sebuah planner sahaja... 

 Apa yang istimewa Planner 7 am Club dari Prof Muhaya ni?

  • -          Ada 2 set calendar tahun 2021 dan juga calendar islam tahun 1442H- 1443 H
  • -          Lirik lagu mata hati nukilan dari Bonda Prof Muhaya dan Ayahanda Dr. Azmi
  • -          Eksklusif QR code untuk tonton video clip lagu mata hati.
  • -          99 Nama Allah – Asmaul Husna
  • -          Life Project
  • -          Morning Affirmation
  • -          Pentagon Kehidupan
  • -          Checklist 7S
  • -          Kereta Kehidupan
  • -          Kata-kata Inspirasi
  • -          Koleksi Hadith
  • -          Planner harian ikut jam
  • -          Ramadan Planner
  • -          Checklist Ramadan
  • -          Sedeqah Ramadan

Sorry sebab planner ni eksklusif , huda tak dapat nak share content secara details yer.



Alhamdulillah,planner ini sangat memberi impak pada hidupan harian huda di tahun 2021. Maka sangat berbaloi perlaburan beli planner mahal ni. Kadang-kala kita kena treat diri sendiri benda mahal, dan rasa kita deserve it! Jangan down grade diri sendiri dan keep saying tak mampu. InshaAllah rezeki Allah tu tidak terbatas dan rezeki Allah tu magik! Tak salah sekali sekala belanja diri sendiri benda mahal yang memberi manfaat berpanjangan macam planner ni.




Akhir kata jom kita renungi potongan hadis ini.

Sayyidina Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasullah SAW bersabda ALLAH SWT berfirman ;

Aku bertindak terhadap hamba-Ku mengikut sangkaannya terhadap-Ku. Apabila dia berdoa kepada-Ku maka Aku ada bersamanya.”
Riwayat Muslim


Post a Comment

1 Comments

Moga dengan ada planner 2021 ni dapat membantu penggunaannya