Resipi Homemade Dakgalbi with Lots of Love



Resipi Homemade Dakgalbi with Lots of Love | Huda dan suami memang suka sangat makan dakgalbi bermula lepas makan di Mr Dakgalbi. Tapi yer la , nak pergi makan selalu memang costly sangat, so huda rajinkan diri dengan buat homemade Dakgalbi, of course tambahan ingredients - with lots of love! Air tangan ibu dan isteri lah pengikat kasih sayang dalam keluarga. 

Apa itu Dakgalbi? 


Dak galbi  atau  dakgalbi 
닭갈비, 
Korean spicy chicken stir fry


Resipi Homemade Dakgalbi with Lots of Love


Bahan  Homemade Dakgalbi 


Bahan A  
  • Ayam 1 mangkuk ( dipotong ikut bite sizes) 
  • Bawang putih 10 biji
  • Halia 1 inch
  • Kicap  Manis 1 sudu
  • Minyak Bijan 1 sudu
  • Gula Perang 2 sudu
  • Gochujang 3 sudu  ( Gochujang HALAL boleh beli di Shopee di SINI
  • Serbuk Kari 1 sudu 
  • Lada Hitam 1/2 sudu 

Bahan B 
  • Keret 
  • Kentang
  • Sayur Kobis
  • Daun Bawang 

Cara-Cara Buat Homemade Dakgalbi 

Campurkan semua bahan A dan kisar halus , kemudian perap bersama ayam. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. 

Bahan A yang sudah di kisar halus

masak di dalam frying pan , masukkan kentang dan keret yang di hiris dan biarkan kentang dan ayam empuk dalam 5 -10 minit dengan api sederhana. 



Kemudian masukkan sayur kobis yang di hiris dan juga daun bawang, kacau sebati. 


dah siap! Taburkan sikit bijan sikit untuk tingkatkan aroma Dakgalbi. 


Tak sempurna kalau makan Dakgalbi tanpa kimchi. Mujur ada jual kimchi halal di Shopee. Nak beli kimchi halal boleh klik di sini. 


Alhamdulillah, syukur dapat penuhi craving nak makan Dakgalbi tanpa perlu berbelanja mahal. Semoga perkongsian ini dapat bagi idea korang masak menu simple korea yang sedap!