Oktober 2020 , Permulaan Hidup Baru


Tarikh 1.10.2020, hari ini..antara tarikh bermakna dalam tahun 2020 sebab hari ini huda pindah rumah. Rumah yang serba serbi lebih baik dari rumah sewa sebelum ini. 

Masuk rumah baru, kosnya memang banyak. sejak 2 bulan fokus kewangan hanya untuk masuk rumah hari ini. 

Seronok bila bedroom set baru sampai. Peti sejuk baru sampai rumah. Rumah masih berbau cat. Semua rasa dan pengalaman ini buat huda rasa teramat bersyukur. 


Huda yakin semua ini rezeki The Arifs. 
Diorang bulan lepas cakap..mama boleh tak kita pindah rumah baru. saya bosan lah rumah ni..
huda pandang jer encik suami. kami memang rahsiakan nak pindah rumah dari anak-anak. 
Semalam sehari sebelum pindah baru bagitau. bukan main excited anak2. 




Si adik dah request nak bilik deco cam hotel. Haha..amboi2. demand sangat si kecik ni tau..

Bagi huda, paling buat huda bahagia haruslah ruangan dapur yang luas! 



Dah penat pindah rumah seharian. rehat kan badan dan esok lah sambung kemas rumah baru kami. semoga kami sentiasa hidupkan aura AlQuran dan juga aura positif dan bahagia. InshaAllah. 


No comments