McDonald's Malaysia menyambut Hari Kopi Antarabangsa, 100,000 McCafé Iced Latte percuma untuk rakyat Malaysia pada bulan Oktober

Siapa peminat kopi McCafé macam huda??? Ini lah peluang keemasan untuk nikmati secawan kopi McCafé secara percuma!! Nak tahu macamana nak dapatkan? Jom baca perkongsian huda ni sampai habis okay?!






McDonald's Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati rasa kopi McCafé berasaskan espresso yang berkualiti dengan menawarkan 100,000 Iced Latte percuma pada bulan Oktober, bersempena dengan Hari Kopi Antarabangsa. Iced Latte percuma ini adalah eksklusif melalui McDelivery.

Menurut Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia

“Rakyat Malaysia gemarkan kopi dan di McCafé, tetamu kami dapat menikmatisecawan kopi yang penuh aroma dalam suasana mesra dan selesadi McDonald’s yang mereka kenali dan sukai, pada bila-bila masa. Oleh itu, pada Hari Kopi Antarabangsa ini, kami gembira untuk memperkenalkan beberapa tawaran istimewa selama sebulan kepada pelanggan kami di seluruh negara, di mana mereka berpeluangmenikmati tawaran-tawaran eksklusifuntuk pelbagai minuman McCafé,”


“Bukan itu sahaja, kami juga memudahkan penggemar minuman McCafé untuk menikmati kopi kegemaran mereka melalui kemudahan saluran Pandu-Lalu dan McDelivery.Sejak McCafé pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, kami mendapat sokongan padu yang berterusan daripada pelanggan yang sangat menggemarirangkaian kopi berkualiti kami,”

Kopi McCafé diperbuat 100% daripada biji kopi Arabica yang berkualiti premium, dipanggang sederhana gelap danbaru dikisar. Setiap cawan hanya akan disediakan atas pesanan pelanggan bagi memastikan kesegaran kopi dan mengekalkan aromanya. Kesemua minuman dan pencuci mulut juga mematuhikeselamatan makanan dan standard halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Biji kopi yang digunakan untuk membuat minuman berasaskan espresso di McCafé diperolehi secara lestari daripada pembekal yang disahkan halal.







Minuman McCafé yang disediakan oleh barista yang dilatih secara profesional, ditawarkan dengan nilai hebat dari RM5.99 untuk rakyat Malaysia menikmati kopi espresso yang berkualiti tinggi dan penuh beraroma. 


"Di McDonald's, kami sering memperkenalkan minuman McCafé baru sebagai tambahan kepadarangkaian minuman kami supaya pelanggan dapat mencuba pelbagai jenis kopi berasaskan espresso premium di mana-mana cawangan 296 McCafé di seluruh negara," -Hajjah Melati 

Selain daripada 100,000 Iced Latte percuma, McDonald's Malaysia juga akan menawarkan pelbagai tawaran McCafé sepanjang bulan, termasuk Americano percuma semasa Masa Sarapan di restoran Pandu-Lalu McDonald's dan hanya RM1.99 untuk menebus Iced Latte saiz sederhana melalui aplikasi McDonald's. Selain itu, aktiviti pensampelan kopi dan tawaran menarik bagi pelbagai minuman kopi juga akan berlangsung di restoran McDonald’s.




Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang Oktober, sila layari www.mcdonalds.com.my/promotion.

Jom kita mengopi di McDonalds!

Post a Comment

0 Comments