Beli Tong Gas Murah di Kuala Terengganu



Masuk rumah baru, tong gas pun kena beli baru. Tong gas sebelum ni tuan rumah sewa punya dulu. Maka gigihlah encik suami mencari tong gas di beberapa kedai berhampiran rumah baru kami. namun hampa. Semua kedai kata , tak jual gas dengan tong gas.Hanya utk tukar gas dan tukar tong gas sahaja. Tiada urusan jual beli tong gas. Fuh, mencabar rupanya nak beli tong gas baru ni rupanya. 

Keesokan harinya, encik suami cuba lagi ke kedai jauh sikit dari rumah. Ada pun jual!! Namun harganya boleh tahan mahal juga. RM 165. Nasib tuan kedai bagi tips nak beli tong gas baru dengan harga murah. Korang nak tahu tak?? 

Okay lah, huda kongsi..

Tuan kedai tadi sarankan kami beli tong gas di sini. 



Harganya cuma RM102 sahaja. Fuh..banyak juga kan jimat dari beli tong gas di kedai runcit. 



Kami sangat berterima kasih dengan tuan kedai runcit yang kongsikan lokasi beli tong gas murah di Kuala Terengganu. 

Semoga perkongsian huda ni, dapat memberi manfaat kepada mereka di kawasan sekitar yang mencari tong gas baru. 

Post a Comment

0 Comments