Gembiranya dapat Sambut Raya Haji di Kampung



Alhamdulillah, pagi ini huda sangat bersyukur setelah selamat perjalanan pulang ke kampong dan juga dipermudahkan perjalanan balik semula ke rumah sendiri. Waktu cuti raya haji sudah habis dan berlalu dengan sangat meriah walaupun kita masih dalam PKPP. Syukur sangat-sangat , dah rasa gembira tak terkata dapat sambut raya Haji di kampung sendiri. Kemeriahannya jauh beza dengan sambut dengan keluarga mertua.



Gembiranya dapat Sambut Raya Haji di Kampung


Huda dan sekeluarga mulakan perjalanan pulang ke kampung dari rumah kami seawal jam 4.30 pagi. encik suami memang suka travel seawal boleh, sebab perjalanan kami nak pulang ke kampung agak jauh dalam 6 jam perjalanan minima..

Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke kampung huda dalam pukul 11.30 pagi.

Hari balik kampung tu, sangat berbeza , penat tak terasa mungkin huda sangat teruja nak jumpa keluarga setelah berbulan-bulan tak bersua.








Sampai rumah, terus bantu untuk masak-masak juadah hari raya untuk di agih-agihkan kepada saudara mara dan jiran tetangga terdekat.

Keesokannya, hari raya haji 10 Zulhijjah. Awal pagi kami sekeluarga solat sunat hari raya berjemaah bersama. Imam solat raya kali ini adik ipar yang belajar di Mesir, bacaan khutbah pula di sampaikan oleh adik lelaki huda yang bertugas sebagai ustaz di sekolah.

Alhamdulillah, lepas solat sunat hari raya, huda bersiap-siap untuk ziarah rumah datuk .

Balik dari rumah datuk, terus tukar outfit untuk rewang masak-masak majlis akikah anak saudara.


Pada waktu malam pula, kami sekeluarga berkumpul dan adakan majlis tahlil. Kemudian kami berkumpul untuk family photoshoot.



Habis photoshoot, buat suprise birthday untuk Abah. August babies yang lain tumpang juga potong kek. Dalam keluarga ada 4 orang lahir bulan Ogos iaitu;-



Faruq - 1 Ogos
Abah - 3 Ogos
Arfan - 23 Ogos
Huda - 24 Ogos





Keesokannya, ada Qurban di rumah datuk. Tapi huda tak join lapah lembu. Huda hanya di rumah tunggu daging dan tulang sampai ke rumah untuk masak untuk lunch.

Nikmat makan sup tulang yang fresh dan daging goreng yang baru memang sedap lain macam kan..
Rezeki sangat..

Waktu petang pula, abah bagi task huda dan suami untuk basuh perut lembu. Huda guna kapur dan juga air panas. Ramai tak suka buat ni, tapi kami suami isteri  okay jer walau malam tu rasa sakit pinggang jugak duduk lama sebab kikis perut lembut sampai bersih.

Setelah 5 hari di kampung, huda pun balik semula ke rumah sendiri. Alhamdulillah, banyak bekalan yang mak huda bagi bawa balik. Antaranya daging qurban, frozen lauk daging beriyani, daging kambing masak kuzi dan buah pisang.

Dalam perjalanan pulang dari Johor ke Terengganu, huda singgah di Segamat untuk memborong pelbagai buah-buahan tempatan seperti buah durian, rambutan, longan dan pisang.

Alhamdulillah. Raya Haji yang menggembirakan hati dan dapatkan lepaskan rindu pada keluarga di kampung.
Semoga panjang umur kami sekeluarga untuk bertemu kembali...

Post a Comment

5 Comments

Permatabiru said…
jauh perjalanan..alhamdulillah dapat juga balik jumpa makayah di kampung kan
Suria Amanda said…
Seronok kan..SA sambut kat rumah sendiri je...cuma family adik no 4 je takde berkumpul..yang lain semua ada...
Fiza Aizzawa said…
Alhamdulillah.. seronok dpt berkumpul mcm nie.. ramainya yg lahir bulan Ogos yer..
Nadia Johari said…
Ahamdulillah.. Meriah dpt balik kamlung.. Dapat sambut denga keluarga. Siap sambut birthday ogos ye.. Syukur..
Ai said…
Meriah nya. Seronok berkumpul ramai-ramai.