Salam Terakhir untuk Atok.....


Setiap Orang akan merasai mati… itu kata-kata Allah di dalam Al-Quran. Ia pasti berlaku, bila..dimana..dan bagaimana semuanya rahsia Allah. Kita sebagai hamba haruslah mempersiapkan diri menuju alam seterusnya selepas dunia yang fana ini. Tahun lepas huda kehilangan nenek pada awal bulan Januari 2019, dan baru-baru ini huda kehilangan atok…

 Salam Terakhir Untuk Atok

7 Ogos 2020 – 10.50 pm
17 Zulhijjah 1441


Adik di kampong inform atok jatuh.

Selang  10 minit…
Adik mesej lagi dengan khabarkan berita dukacita…
Atok dah meninggal.
 Ya Allah… fikiran dan emosi mula berkecamuk.
Hati meronta nak balik kampong secepat mungkin…
Setelah berbincang, suami setuju nak balik sebelum subuh agar sempat beri penghormatan terakhir atok di rumah.

Perginya seorang Ilmuwan Agama... 


Atok huda bukan orang biasa-biasa..
Arwah seorang yang di segani kerana ilmu agama..


Ismail bin Abi Uwais telah menceritakan kepada kami, berkata Malik, telah menceritakan kepadaku daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Abdillah bin Amru bin al-As R.Anhuma katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.”

Riwayat al-Bukhari (100) dan Muslim (2673

Hebatnya Arwah Atok


Tuan Guru Faqih Zaid Anuar (1931 - 2020)

Nama lengkapnya ialah Tuan Guru Faqih Haji Zaid Bin Haji Anuar dan beliau berasal dari Muar, Johor. Mula mendapat pendidikan awal di Pondok Merbok, Kedah sebelum memasuki Pondok Bunut Payong pada tahun 1947 sehingga 1957.

Diantara gurunya ialah :
1. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok
2. Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payong

Selesai menuntut ilmu di Pondok Bunut Payong, beliau pulang ke tanah air dan mengambil tauliah mengajar dari Mufti Kerajaan Johor ketika itu iaitu al-Habib Alwi Bin Tahir al-Haddad. Dari waktu itu bermulalah perjalanan Tuan Guru Faqih Haji Zaid Bin Haji Anuar sebagai guru agama dan beliau juga telah mendirikan sebuah balai pengajian di Kampung Sungai Terap, Kampung Tengah, Muar, Johor. Beliau meninggal dunia pada 7 Ogos 2020 ketika berusia 89 tahun.



View this post on Instagram

Malaysia kehilangan tokoh ulama... TUAN GURU FAKEH HAJI ZAID HAJI ANUAR dari Johor, telah kembali ke rahmatullah malam tadi. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إليَ رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون الَلهُمَّ اكْتُبْهُ عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وِاجْعَلْ ِكتابَهُ ِفي ِعلّيِّين وَاْخلُفْهُ في أَهْلِهِ في الغَابِرين وَلا تحَرِْمْنا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Nya kami semua akan kembali. Ya Allah! Tulislah dia termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Mu dan jadikanlah dia berada di tingkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu, Jangan pula kau haramkan kami ganjaran baginya dan lindungi kami dari fitnah selepas ketiadaannya.
A post shared by Isfadiah Mohd Dasuki (@isfadiah) on




Antara ceramah agama yang atok sampaikan sebelum pergi meninggalkan kami semua buat selamanya...
 


Selain itu, Al Marhum Tuan Guru Fakeh Mohd Zaid telah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Bakri yang pertama pada tahun 1985 - 1986.

Ulamak yang hebat yang telah pergi memang sangat terasa kehilangan.

Bagi huda pula, arwah atok ni sahaja yang datok yang ada.. Datuk nenek belah abah sudah lama takde, atok belah mak juga sorang demi sorang pergi...

Huda dah takde atok dah...



Selamat berehat atok...
Atok selamat di kebumikan bersebelahan dengan kubur nenek yang meninggal tahun lepas..

Post a Comment

2 Comments

Ai said…
Takziah kak huda.
Nadia Johari said…
Salam takziah huda.. Semoga arwah atuk ditempatkan dikalangan org beriman