Texas Chicken Kuala Terengganu- Pertama di Pantai Timur dan buka 24 JAM


Seingat huda makan kat Texas Chicken ni 2 tahun lepas kot, sebab adik rekemen kata lagi sedap dari KFC. Tak silap makan kat Sunway. Memang sedap pun. Maka, bila huda ternampak sign Texas Chicken di sebelah lot kedai kosong di Petronas Wakaf Tengah Kuala Terengganu dalam beberapa bulan lepas, memang teruja sangat! Yer lah, sebelum ni dapat makan Texas Chicken kalau pergi KL jer.. Ni dah lah dekat jer pastu boleh drive thru dan bukak 24 jam.


Texas Chicken Kuala Terengganu- Pertama di Pantai Timur dan buka 24 JAM


Yeay, hari yang di nanti nak makan Texas Chicken pun dah tiba lepas berbulan tengok jer , dari kedai kosong sampai lah sikit demi sikit renovation texas Chicken Kuala Terengganu ni siap. Untuk korang yang tak familiar dengan kawasan area Gong Badak ni, boleh rujuk map di bawah yer untuk tahu lokasi Texas Chicken Kuala Terengganu




Texas Chicken Petronas Wakaf Bharu, Kuala Terengganu merupakan Texas Chicken yang PERTAMA di Pantai Timur dan cawangan yang ke-69 Texas Chicken. Baru sahaja dibuka  pada 1Januari 2020



Untuk visit kami kali pertama di sini, time lunch. Sementara tunggu amik si abang Arif Haikal lagi 45 minit selepas amik si adik Arif Hakim, dari ulang alik atau tunggu lama dalam kereta, kami pun decide nak lunch di sini.







Menu yang menarik perhatian huda nak cuba adalah Spicy Korean Rice Bowl dan Green Curry Rice Bowl . Berbaloi sangat try Spicy Korean Rice Bowl sebab sedap sangat dan pedas. Green Curry Rice Bowl pun sedap, lemak2 gitu.. Harga RM 5.90 jer satu.

Tambahan pula ruang restoren pun luas dan cantik, siap ada meja yang ada plug elektrik lagi.

So, next time memang wajib repeat makan kat sini. Syok weh buka 24 jam dan siap ada drive thru. So dah terbayang ini lah port wajib yang bakal diserbu time bulan puasa nanti, boleh bersahur kat sini nanti!

Post a Comment

1 Comments

Didah said…
Saya paling idam ialah green curry mash bowl!