Selesa Bersukan Dengan TAHAN Hijab Sport dari PTT Outdoor


Hye Selamat Pagi! Bagaimana korang mulakan hari ni? Benda paling best bagi huda bila dapat menikmati matahari terbit di awal pagi dan juga dapat bersukan keluarkan peluh! Rezeki huda dapat menikmati keindahan pagi tepi pantai, nak pergi setiap hari pun boleh sebab rumah sangat dekat dengan pantai. Bila bersukan, banyak bergerak dan berpeluh ni, huda memang akan pilih outfit yang sesuai dari kepala sampai hujung kaki. Termasuk jugak lah pilihan tudung yang direka khas untuk bersukan menjadi pilihan utama huda. Koleksi terbaru tudung sukan huda adalah TAHAN Hijab Sport dari PTT Outdoor.



Selesa Bersukan Dengan TAHAN Hijab Sport dari PTT Outdoor

Aktiviti bersukan seperti berlari sering buatkan huda kurang selesa kalau pakai tudung yang tak sesuai. Asyik bergerak, kena tiup angin habis muka tudung senget benget. Boleh jadi stress tau. Tambahan pula kalau dah berpeluh, habis bercapuk-capuk tudung dengan kesan peluh di kepala. Sangat tak best!

Tapi semua masalah yang tak best tadi dah selesai lepas huda gunakan TAHAN Hijab Sport dari PTT Outdoor. 

Muka happy huda, walau dah berlari dan berpeluh, tudung masih maintain cun dan tak basah dengan peluh. I LIKE!!

Perkara paling best yang buatkan ni sangat selesa di pakai adalah  TAHAN Hijab Sport dari PTT Outdoor ni mempunyai bahagian muka pun fit & stretchable, terletak elok sepanjang berlari tadi. Rasa selesa sepanjang exercise pagi ni dan juga cantik terletak atas kepala. Jadi masalah tudung rosak kena tiup angin dah takde! All the time nampak kemas dan cantik!


Selain itu, keistimewaan  TAHAN Hijab Sport dari PTT Outdoor adalah materialnya tak tebal, ringan dan jenis cepat kering. Jadi walau berpeluh takde lah nampak capuk-capuk dek peluh yang basah tu.. Memang best!



   Close up view. Material dari 90% Polyster + 10% Spandex.

TAHAN Hijab Sport  paling ideal untuk travel juga sebab wrinkle free, so masuk dalam luggage dan sampai ke destinasi boleh terus sarung. Tak payah nak cari pin tudung , jimat masa. Memang best TAHAN Hijab Sport ni, fleksibel dan nampak elegan tau pakai.

 Panjang hijab ni yang menutup bahagian dada , jadikan huda selesa nak pakai, sebab patuh syariah. Walau bersukan masih menjaga aurat kita sebagai muslimah. Kita jaga aurat kita, Allah pun akan jaga kita...


Kalau korang berminat juga nak dapatkan Tahan Sports Hijab dari PTT Outdoor boleh klik link 👇 https://www.pttoutdoor.com/shop/tahan-instant-sports-hijab/

P/s - Sekarang tengah ada sale 27%, so jom grab hari ni jugak!!



Post a Comment

1 Comments

Jone Martin said…
After read your article, I decide to visit the island. I am enjoyed to read it. Moreover, I am providing Furnace Replacement In North Richland Hills TX service for beloved people. Quickly get our service.