Throwback 2019 dan Impian 2020


Apa yer yang best untuk di kenang sepanjang 365 hari hidup di tahun 2019 ni? Dan apa pula impian untuk 366 hari akan datang di tahun 2020? Maka, sempena hari ke 365 di tahun 2019 ni, huda nak luangkan masa seketika dan #Count My Blessing...


THROWBACK 2019


Januari


Bulan pertama di 2019 yang sangat sibuk. Most every weekend huda travel.. Urusan keluarga dan urusan kerja ( blogging/review). Sebalik kesibukan Allah dah pun tunaikan 10 wishlist huda di bulan pertama tahun 2019. >> WISHLIST Januari 2019 yang sudah tertunai <<



Februari


Rasanya, sampai bila-bila huda takkan lupa perkara paling manis yang berlaku bulan ni. Kali pertama huda menangis bila baca email.  Menangis sebab Allah makbulkan impian huda nak bawa anak-anak ke Legoland Malaysia, bukan setakat masuk dalam theme park legoland yer, tapi siap stay di hotel. Menangis sebab huda tak perlu bayar walau satu sen pun, terasa sangat rezeki Allah tu sangat luas. Sebab sebelum dapat offer tu huda baru planning nak saving sebulan berapa sampai lah cukup untuk tampung kos ke Legoland. Rezeki Allah, sekelip mata Allah makbulkan sebelum huda mulakan saving holiday.





Mac


Bulan ke tiga di tahun 2019 pula, antara moment terindah bila dapat tengok adik Arif Hakim jadi berani ke stage. Stage apa? Actually time event di Aeon Mall Nilai , si adik dengan laju yer angkat tangan untuk jadi volunteer. Huda sendiri terkejut sebab tahu adik ni sangat pemalu orangnya bila ramai orang. Tapi motivasi untuk adik berani adalah sebab dapat jumpa dinosaur, favourite dia..







A post shared by Huda Halid Malaysian Blogger (@hudahalid) on



April


Bulan April, huda tak travel ke mana-mana hanya attend event di Kuala Terengganu sahaja dan bawa anak-anak bercuti ke Hotel Patuh Syariah di Kuala Terengganu. 

Mei


Bulan Mei tahun 2019 adalah bulan puasa, jadi huda pun limit aktiviti luar , cuma sekali pergi review Kiddomo sebab tempat ni best untuk The Arifs. Selain tu, hanya luangkan masa bekerja dari rumah sahaja. Namun tak di lupa, bulan ni huda terima hadiah Telekung Siti Khadijah dari kakak ipar.  Best yer dapat telekung baru untuk solat terawih. Alllah jer lah tahu betapa happy dan bersyukur yer huda. Nak beli sendiri memang rasa cam tak mampu sebab banyak lagi keperluan lain lebih penting. Itu lah namanya rezeki yang tidak terduga.

Jun


Bulan ke enam, separuh tahun 2019 yang macam-macam perkara indah berlaku. dah compile semua cerita di entry Throwback First Half 2019

Julai


Bulan ni, kenangan paling best bila huda dapat invitation untuk tengok movie Spiderman terbaru di IMAX. Dapat tengok movie free, dapat hadiah lagi. Dah lah memang menanti sangat filem ni sejak tahun lepas. So the excitement memang lain macam tau!






Ogos


Ogos semestinya bulan paling di nanti sebab bulan birthday sendiri. Dapat hadiah paling tak di sangka, hadiah paling mahal dalam dunia iaitu MASA untuk fokus untuk diri sendiri sebagai seorang individu. Rasa macam anak dara , dapat me time tanpa perlu risau anak dan suami.
Hadiah Hari Jadi 3 puluh 3 yang lain dari yang lain, paling tidak dapat di lupa sampai bila2.

September


Akhirnya, penantian nak miliki kamera sendiri tercapai. Seronok bukan biasa-biasa bila dapat pegang sendiri kamera yang cantik dan best ni






"With better daily awareness you can make better daily choices, and with better daily choices you’ll start seeing better daily results..." . . Saja nak share.. Here is my better choice of mirrorless camera entry level by Fujifilm. . Bila en.suami kata, nak belikan camera, dalam otak, nak beli camera yg senang guna, so mmg nak beli camera simple2, xnk mahal2 sgt, dan yg paling mudah guna, setting tak memeningkan. Sebab jenis pemalas nk faham setting manual bagai...haha.. . Plan nk beli kat kedai kamera jer.. Tapi tarikh nak beli kamera which is a day after date birthday, ternampak pulak promo best di Lazada dari Fujifilm Official store. Kamera 2k dapat harga RM999 jer.. . Terus rasa, berbaloi sgt ni, camera mahal dpt beli harga jimat camni. . So tahan diri dari pegang kamera supposed hari birthday hujung bulan lepas dengan tunggu sale 9.9 di Lazada. Demi sebuah camera fuji yg cambest ni. . Semalam, hari yg di nanti berminggu2 telah pun tiba. . Tunggu encik boss bawa g outing nak try test best ke idok.. . Actually, utk org yg xde ilmu pasal camera, camera fuji ni rasa more than enough.. . Nntlah share banyak lagi pasal kamera ni kat blog 📷
A post shared by Huda Halid Malaysian Blogger (@hudahalid) on

Oktober


Alhamdulillah, wishlist nak bawa anak-anak teroka Pulau Kapas tercapai.. Best sangat dapat bebaskan diri dari keserabutan kerja dan tenangkan emosi dengan lihat keindahan alam.






November


Langit tak selalu yer cerah kan? Begitu juga kehidupan ada masa kita di uji.. Ujian paling hebat tahun 2019 adalah huda hadapi SINUSITIS. Sakit yang tak terungkap dengan kata-kata. Lepas satu ujian sakit datang ujian yang lain. Allah nak bagi pahala lebih dan hapuskan dosa. Alhamdullilah huda bersyukur sangat2.

Disember


Banyak sangat rezeki best hujung tahun. Dapat join event dengan Tourism Malaysia, kemudian dapat menang macam-macam contest dan cabutan bertuah. Job review pun agak meriah di hujung 2019 ni. Paling penting, The Arifs dah sunat! Lega dah , satu tanggungjawab sebagai ibu bapa dah tertunai.



IMPIAN 2020


Honestly, huda rasa nak going with the flow sahaja tahun 2020. No rush, no expectation, nothing at all.

Yakin 100% dengan segala planning terbaik yang Allah dah tetapkan di Luh Mahfuz.

Hanya fokus untuk BERUBAH. Whatever outcomes yang bakal terjadi I'm okay with it.

Penat rasa hidup dalam survival mode, terkejar sana sini, kejar duit , kejar itu kejar ini.

Nak celebrate and enjoy the small thing , be happy everyday and every day is count. Wait for the suprises!


" Focus on the process, not the outcome
The process you control. The outcome you don’t.
The process is based on effort. The outcome is based on fate.
Focusing on effort can motivate. Obsession with the outcome can frustrate."


Post a Comment

1 Comments

Huda said…
UNtuk resolusi tahun 2020 saya ingin mengubahsuai rumah saya dengan kontraktor cat yang baik. Thanks for your sharing for the whole year of 2019, keep writing!