Jom Saksikan Pementasan Madagascar The Musical Pada Disember 2019! | Kita dah masuk bulan November, dan beberapa minggu lagi akan start cuti sekolah lebih kurang sebulan lebih! Fuh, huda serius pening nak cari aktiviti yang menarik sepanjang cuti sekolah akan datang. The Arifs jenis yang tak reti dok diam, asyik lah ajak berjalan jer! Hah, sekali terbaca pulak promosi tentang Madagascar The Musical yang bakal di adakan bulan depan. Terus teruja nak bawa The Arifs sama-sama saksikan pementasan muzikal ni. Memang syok dapat tengok live show ni, lepas tengok Circus bulan lepas, huda jadi teruja nak bawa The Arifs tengok pementasan muzikal pula.
Madagascar The Musical telah menjelajah dan membuat persembahan di beberapa tempat terbesar di UK, dan kini Malaysia mendapat penghormatan sebagai negara Asia Tenggara pertama untuk menjadi tuan rumah yang pertama sejak sambutan hangat yang diterima di UK.
Sebagai kumpulan muzikal yang menjelajah, pertukaran dari satu tempat ke tempat yang lain sememangnya mencabar. Menurut Nathan Brine, penerbit Madagascar The Musical ;
Sebagai kumpulan muzikal yang menjelajah, pertukaran dari satu tempat ke tempat yang lain sememangnya mencabar. Menurut Nathan Brine, penerbit Madagascar The Musical ;
“Ketika menjelajah, kekangan yang biasanya kami hadapi adalah perbezaan saiz pentas dan keupayaan teknikal sesuatu tempat itu.
Maka, kami terpaksa menyesuaikan diri mengikut keadaan, adakalanya kena buat secara lebih besar-besaran dan ada juga masanya kecil-kecilan. Ini kerana sesetengah tempat, sebagai misalannya, tidak mempunyai keupayaan untuk menerbang, justeru beberapa elemen persembahan kami perlu kurangkan. Namun, mujurlah pertunjukkan yang kami lakukan tetap tampak hebat di mana-mana tempat yang kami singgah,”
8 SEBAB korang MESTI bawa anak-anak tengok pementasan Madagascar The Musical pada Disember 2019!
Throwback pada tahun 2005, huda pernah tengok wayang Madagascar ni kat Time Square. Memang enjoy sangat Filem Madagascar ni. Lepas tonton filem ni memang teringat-ingat lagu tema filem ini iaitu “I like to Move It, Move It”!
Madagascar kini bakal kembali lagi, kali ini dibawakan secara langsung melalui pementasan muzikal menghiburkan yang padat dengan nyanyian dan aksi tarian. Wah, huda sangat teruja nak tengok bersama anak-anak.. Konfem best giler!
Jom huda kongsikan 8 sebab kenapa korang tidak harus ketinggalan menyaksikan Madagascar The Musical yang bakal berlangsung pada 5 hingga 8 Disember ini di Plenary Hall, KLCC.
1. Jalan cerita yang menarik
Berasaskan filem animasi asalnya, jalan cerita Madagascar the Musical adalah tertumpu kepada Si Singa Alex dengan tiga sahabat karibnya iaitu Si Zebra Marty, Si Zirafah Melman dan Si Badak Gloria yang menghuni dan menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di Central Park Zoo di New York. Didorong dengan rasa ingin tahu kepada dunia luar, Marty meloloskan diri dari zoo dan disertai sahabat-sahabatnya. Maka dari detik itulah mereka berempat memulakan satu pengembaraan yang hebat sehingga ke pulau Madagascar dan terperangkap dalam dunia King Julien.
2. Karakter-karakter yang hebat
Tiada pementasan muzikal yang lengkap tanpa watak-wataknya. Dan mereka yang menjadi nadi kepada pementasan ini adalah Si Singa Alex , Si Zebra Marty si Zebra, Si Zirafah Melman, Si Badak Gloria dan tidak harus dilupakan juga pasukan penguin yang comel dan melucukan! Turut serta dalam barisan karakter popular filem ini ialah Raja Julien, yang ego dan hiperaktif. Raja kepada haiwan jenis Lemur itu dikenali kerana bertutur dalam loghat yang melucukan selain suka menunjuk-nunjukkan kehebatan tariannya.
3. Reka tari dan skor muzik yang menghiburkan
Semua orang sukakan lagu sensasi “I like to Move It, Move It”, dan koreografer muzikal terkemuka Fabian Aloise, adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengilhamkan aksi tarian yang bergaya dan menyeronokkan bagi disuaikan dengan irama lagu rancak itu; anda pastinya turut mahu menari bersama ketika pementasan berlangsung!
4. Bersedia untuk ketawa hingga pecah perut
Siapa yang tidak sukakan ketawa terbahak-bahak...dan percayalah, Madagascar the Musical, mampu membuatkan anda gelak sampai pecah perut. Nantikan aksi lucu dan gelagat mencuit hati King Julien, anda pasti tidak akan kecewa!
5. Kostum dan solekan yang menakjubkan
Pementasan muzikal ini bakal menyaksikan himpunan kostum yang hebat serta pelbagai jenis solekan yang dikenakan pada para pelakon. Setiap karakter akan disolek dan memakai kostum istimewa masing-masing, dan yang paling mencuri tumpuan pastinya watak King Julien, yang perlu melakukan aksi tarian sambil mengenakan sepasang jaket musim dingin gergasi!
6. Suka filem ini? Maka anda pasti sukakan persembahan ini!
Bayangkan apa yang anda tontoni sebelum ini di skrin pawagam atau skrin televisyen dihidupkan ke dunia nyata! Untuk menjadikannya serealistik yang mungkin, pelbagai peralatan perlu digunakan untuk melakonkan semula setiap adegan, terutamanya kepulauan Madagascar. Pentas juga dilengkapi dengan pencahayaan lampu khas, bertujuan menonjolkan “mood” setiap adegan yang dipertontonkan sementara muzik rancak juga dimainkan untuk membuatkan anda juga menari-nari mengikut rentak.
7. Keriangan untuk semua
Pementasan muzikal sentiasa sesuai tidak kira untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak, dan ia merupakan satu aktiviti yang bagus untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama sempena musim cuti sekolah. Pada masa sama, anda juga berkesempatan untuk memperkenalkan pelbagai hidupan liar kepada anak-anak kecil anda. Nyanyi dan menari bersama-sama mengikut rentak lagu tema filem, dan jangan terkejut jika tanpa disedari anda menggerakkan badan sehebat penari berpengalaman!
8. Bawa bersama anak-anak anda
Jom kita perkenalkan seni muzikal dan teater kepada ana-anak kita. Jangan lepaskan peluang terbaik ini dengan membawa mereka ke pementasan yang menghiburkan dan pasti tidak dapat dilupakan ini! Persembahan mesra keluarga menarik perhatian para penontonnya dengan penampilan pentas yang menonjol di samping visualnya yang hebat. Ini sekaligus membuatkan anda dan anak-anak terpukau sepanjang persembahan berlangsung.
Nak Tempah Tiket Madagascar The Musical Pada Disember 2019?
Tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan ini? Berikut adalah maklumat lanjut mengenai penjualan tiket Madagascar The Musical
Tarikh Pementasan: 5 hingga 8 Disember 2019
Tempat: Plenary Hall, KLCC
Harga Tiket:
RM498 (Premium) | RM368 (VIP) | RM268 (CAT A) | RM188 (CAT B) | RM98 (CAT C)
RM498 (Premium) | RM368 (VIP) | RM268 (CAT A) | RM188 (CAT B) | RM98 (CAT C)
Promosi Khas Maybank:-
Nikmati potongan harga sebanyak 25% apabila anda membeli tiket dengan menggunakan Kad Maybank. Sah untuk tiket-tiket Premium, VIP dan Cat A sahaja. Promo berakhir 8 Disember 2019.
Dapatkan tiket di: bit.ly/MadagascarMY
Untuk maklumat lanjut berhubung persembahan, lakonan dan di mana untuk mendapatkan tiket, sila layari www.milestone-entertainment.com atau www.facebook.com/MilestoneEntertainment.Show/
10 Comments