Hingus Berdarah, Apa Nak Buat Ni??


Hari ni masuk hari ke lima selesema. Sebelum ni selesema macam biasa jer, tapi sejak dua hari lepas, sakit sangat kepala, dan terkejut tengok hingus berdarah! Aduh mula lah panik. Cukup ke sekadar makan panadol Soluble sahaja untuk selesema sebelum ni atau huda kena juga pergi klinik?? Huda tahu , selesema huda makin teruk sebab sakit kepala sangat2. 




Pagi ni, google pasal masalah hingus berdarah ni dan terjumpa artikel dari kolumn SIHAT, Metro


Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ezairy M Sallih menerusi laman Facebook peribadinya, gejala seperti kepala terasa berat, rasa sakit di kawasan dahi dan muka selain kesakitan semakin dirasai ketika dalam keadaan tunduk merujuk kepada gangguan sinus yang serius.

Menurut Dr Ezairy, apabila seseorang itu sering sakit kepala dan pada masa sama turut mengalami masalah kesihatan lain seperti kerap selesema, hidung tersumbat dan berair, ia menunjukkan bahawa punca sakit kepala bukanlah gangguan biasa sebaliknya menerangkan situasi gejala lebih serius termasuklah jangkitan sinusitis.

“Tidak ramai yang mengetahui bahawa sinusitis boleh menjadi punca kepada masalah sakit kepala. Jadi, Pesakit perlu segera berjumpa doktor menjalani pemeriksaan rapi terutama di bahagian hidung, telinga dan tekak. Ini termasuklah menjalani ujian imbasan seperti sinar-X dan ujian saringan lain juga diperlukan bagi mengenal pasti punca masalah.

“Masalah sinus yang tidak ditangani dengan baik boleh memberi komplikasi lebih buruk termasuklah jangkitan merebak ke bahagian otak yang boleh menjejaskan fungsi lain termasuklah penglihatan, pertuturan dan sawan jika ia sudah memasuki peringkat lebih serius,” katanya.

Berikut beberapa keadaan atau tanda jangkitan sinus sudah merebak ke otak:

• Pening teramat sangat

• Kabur dan gangguan pandangan

• Tegang pada belakang leher

• Gangguan pada pertuturan

• Muntah-muntah

• Tahap kesedaran berkurang

• Serangan sawan

• Demam panas

Rawatan adalah berbeza mengikut tahap jangkitan sinus yang dialami dan biasanya ada keperluan pengambilan antibiotik bagi menangani jangkitan bakteria.

Menurut Dr Ezairy lagi, selain penggunaan ubat antibiotik, pesakit juga perlu konsisten dalam menggunakan ubat yang diberi oleh doktor. Ia termasuk ubat semburan hidung, pil antihistamin dan sebagainya. Pesakit juga perlu mengikut segala nasihat doktor, kerana walaupun sudah menjalani pembedahan mengatasi masalah ini, gejala sama masih berlaku jika pesakit tidak menggunakan ubat diberi oleh doktor secara konsisten.


Aduh, ada few simptom huda alami sekarang! Okay, nak bersiap pergi klinik SEKARANG jugak!

Post a Comment

1 Comments

cikguzim said…
Indo yg baik..tq cik huda