H & M Family Day 2019 - Port Dickson

H & M Family Day 2019 - Port Dickson | Pada tahun lepas, family day kami di Desaru, Johor. Tahun ni Port Dickson pula. Sebulan sebelum tarikh family day ni, abang huda mesej dalam group kami adik beradik. Tanya tak nak pergi bercuti ke ? Setelah berbincang , adik huda uruskan tempahan villa. Pada awalnya huda tak dapat nak join sebab rasa baru jer balik travel , badan pun tak hilang penat lagi dan komitmen kerja yang tengah banyak. Tapi rezeki dah tertulis, seminggu dua sebelum family day, ada rezeki dapat join. Family day setahun sekali kan, rugi kalau tak dapat join. 


Lokasi Penginapan H & M Family Day 2019 - Villa 133 di Port Dickson


Adik huda tempah di booking.com kalau tak silap. Part booking adik huda uruskan, jadi huda tahu hulur duit jer lah, hehe.

Aktiviti family day kali ni adalah.....

MAKAN.. dan makan...hehe

Cuma family day kali ni, menu kami bahagi-bahagikan ikut family yang in-charge untuk beli barang dan masak. Jadi takde lah asyik lah muka sama yang duduk kat dapur kan..

Antara menu yang paling banyak adalah AYAM KOREA ni!

Aktiviti lain adalah anak-anak berendam dalam swimming pool yang terdapat di Villa ni



Lepas tu pergi ke pantai Telok Kemang. Main ombak, main pasir, main bola tampar dan juga photoshoot! 







Setiap kali berkumpul, huda memang akan sebak, sebab huda jer sorang yang duduk paling jauh antara adik beradik dan nak jumpa pun memang harapkan ada kenduri dan juga cuti sekolah kalau dapat balik ke kampung. 


   Abah tersayang.. Semoga Allah panjangkan umur abah.


Perkara paling bahagia bila family day ni, selain dapat penuhkan perut dengan makanan sedap-sedap , adalah dapat tengok mak abah senyum gembira. Mereka sudah tua, berpuluh tahun berkorban nak besarkan kami sepuluh orang adik beradik. Semoga kami semua dapat bahagiakan mereka sampai syurga. Amin...

Family day kali ini juga mak abah sampaikan amanat agar event family day ni diteruskan setiap tahun walau mereka sudah tiada. Ia salah satu cara untuk kami adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara semua lebih rapat. 

InshaAllah, semoga panjang umur , murah rezeki keluarga kami dapat berkumpul lagi di program family akan datang di lokasi yang lain pula. 

Post a Comment

1 Comments

Susan said…
Thank you so much for sharing this great blog.Very inspiring and helpful too.Hope you continue to share more of your ideas.I will definitely love to read. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pikdo.