Sambut Hari Jadi di Royale Songket Restaurant Grand Blue Wave Hotel Shah Alam


Minggu lepas, kebetulan kami sekeluarga jalan-jalan sempena cuti sekolah. Kami mencari restoren yang agak privasi untuk kami luangkan masa bersama dan sambut birthday huda, advance seminggu. Sebab pada tarikh birthday yang sebenar ada urusan lain. Sebenarnya nak lepaskan syarat anak-anak yang dok counting days birthday mama. Diorang lah yang excited nak makan kek. Restoren pilihan kami adalah Royale Songket Restaurant Grand Blue Wave Hotel Shah Alam.



Kami sampai dalam pukul 2.30 pm dan segala booking makanan dan kek sudah di buat melalui whatsapp sahaja. Sangat mudah dan cekap. 

Antara menu yang kami makan adalah Merdeka Set yang lengkap dengan nasi dan lauk kegemaran huda iaitu asam pedas , sayur kailan dan ayam goreng berempah. 



 Korang boleh baca di entry huda yang lepas tentang promosi Merdeka di Royale Songket Restaurant dengan harga serendah RM62



 Untuk Arif yang tak nak makan nasi, huda order Chicken Chop.



Lepas selesai makan, kek birthday yang paling dinanti pun sampai. Siap dengan lilin dan staff nyanyi lagu birthday untuk Huda. Anak-anak yang paling teruja moment kek sampai tu. Huda pun terkejut bila kek sampai siap lilin 3 batang. Macam tahu-tahu jer huda sambut birthday yang ke 3 puluh 3.




Alhamdulillah, lepas ni anak-anak dah tak tanya bila nak sambut birthday mama... tapi jadi pening kepala nak menjawab bila si Abang Arif Haikal pun nak buat advance celebration birthday dia awal seminggu macam mama..hehe..


Haish.. birthday kek dah makan, tapi tak puas lagi jadi birthday girl.. wishlist nak pergi holiday tak dapat lagi. Doakan huda murah rezeki yer.. Amin... 

Post a Comment

1 Comments

Happy birthday kak semoga kak dipanjangkan umur dimurahkan rezeki