Buat Spek Hari Jadi di Kedai Spek Viral No. 1 - Eye Pro Vision Sungei Wang

Buat Spek Hari Jadi di Kedai Spek Viral No. 1 - Eye Pro Vision Sungei Wang 



Hye semua! Korang tahu tak apa hadiah paling best untuk kita bagi pada diri sendiri? " Health is the greatest gift" . Yup, hadiah kesihatan paling bermakna kan? Maka di hari kelahiran yang mencecah umur 3 puluh 3 tahun yang akan datang beberapa hari lagi, huda mula terbuka hati nak pakai cermin mata demi kesihatan mata pada jangka masa panjang. Jom huda kongsi cerita pengalaman pertama huda buat spek di Eye Pro Vision Sungei Wang.

Kedai Spek Viral No. 1 di Malaysia!




Akhirnya huda dapat juga jejakkan kaki ke sini. Huda jadi teruja nak datang spek ke sini sebab utamanya adalah nak tahu kenapa viral sangat kedai spek Eye Pro Vision ni.
Patutlah viral, korang tengok harga kat banner sebelah huda tu, murah sangat2 kan? Biasa huda tengok orang buat spek ni mesti harga 3 angka!


Masuk jer kedai spek Eye Pro Vision ni, terus rambang mata, Kat sini korang boleh pilih macam-macam jenis bingkai cermin mata. Fuh, bayangkan ada 2000 jenis pilihan, macam-macam warna bingkai pun ada, bentuk bulat ada, bentuk bersegi pun ada.


Bila jalan masuk ke dalam lagi, terkejut ada tanda harga RM40??! Serius lah ada harga semurah ni! Tak percaya punya pasal huda pun tanya staff di sini. Semua bingkai spek di ruangan yang bertanda RM40 ni rupanya koleksi bingkai yang clearance sales. So, untuk mereka yang budget ciput2 tu tapi nak buat spek, sangatlah rekemen buat spek kat sini yer.


Dah puas cuci mata tengok frame cermin mata dan pilih yang berkenan , Huda pun terus cek mata. Tinggi jugak bacaan rabun mata huda ni.. Selama ni memang tak amik kisah pun pasal kesihatan mata sendiri. Nasib la ada kedai spek viral yang murah ni, dapatlah huda buat spek hadiah hari jadi untuk diri sendiri. 



Okay, nak cerita tentang pengalam huda cek mata di Eye Pro Vision ni. First thing first, suka dengan boss Wiliam ni, bagi konsultasi yang tip top dan sangat professional. Macam-macam ilmu dam tips penjagaan mata dan cermin mata yang huda dapat dari beliau. Paling huda suka bila dia berkongsi kelebihan lense Alpha Blue  420 , buat demo sekali supaya huda lebih faham. Korang boleh tengok video di bawah ni, untuk penerangan lebih jelas tentang kelebihan lense Alpha Blue 420. 



Kelebihan lense ALPHA BLUE 420

  • Khas untuk silau malam, terutamanya ketika driving, pantulan cahaya LED dari kereta lain
  • Khas untuk mereka yang selalu menggunakan komputer, handphone dalam jangka masa yang lama
  • 100% menghalang sinar UV dan ultra ungu ( 420) 
  • Tahan calar 
  • Mudah dibersihkan

Owh ya, korang tahu tak, ada juga lense Alpha Blue 420 ni yang tiruan tau. So nak mudah, datang jer sini, confirm dapat lense Alpha Blue 420 yang ORIGINAL siap ada waranti 1 TAHUN.



Lepas jer buat spek tempoh hari, huda dan keluarga terus celebrate advance birthday huda, sebab on the date , huda ada urusan dan tak dapat nak potong kek sama-sama dengan family.  Ini lah my " NEW LOOK" .  Suami kata nampak orang macam orang bekerjaya..hihi.. Maklumlah bertahun dok rumah jadi housewife jer..


Keesokan harinya, huda pakai spek luar tudung pulak, sebab rasa macam chubby plak bila pakai spek masukkan dalam tudung.  Korang rasa mana yang okay? pakai spek ke luar ke dalam tudung? 



Mujur ada spek ni tau, huda ni memang ada masalah silau dan cepat pening kepala bila kena panas. Alhamdulilah, tempoh hari, walau huda attend event ulang tahun Petronas ke 45 di kawasan luar yang agak panas dan terik matahari , masalah pening takde time tu! Syukur sangat2. The Arifs pun suka dengan  penampilan baru mama diorang ni. Siap sound kalau mama buka spek, sebab diorang pasang telinga jer time konsultasi di kedai spek hari tu. 

Jom korang buat spek di kedai viral No. 1 di Malaysia ni!

Eye Pro Vision
G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini , follow
Facebook : https://www.facebook.com/EyeProVisionViral
Instagram : https://www.instagram.com/eyeprovision_g111/

Post a Comment

4 Comments

umminani said…
wah lain macam spek putih..sesuai dengan Huda. eh..kedai eye pro ni mmg pilihan ramai lah..
Julia Johari said…
Suami juju pernah tempah sini. Sedap dia kata pakai sebab lens dia jenis HD. 😎
mommysado said…
Lepas tau kedai spek ni memang tak pergi kedai lain dah :D
mas saari said…
Akak pun puashati buat spek kat sini. Nanti nak buat rayban lak!