Birthday Treat Mr Hubby, Happy 33rd Birthday!





Alhamdulilah, pada minggu lepas genaplah usia Mr Hubby tiga puluh tiga tahun.. Plan asal macam-macam Huda nak buat untuk gembirakan birthday boy, tapi perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan hambaNya.. So just enjoy dengan apa yang boleh dilaksanakan.

Kami sekeluarga pergi family day out pada sehari sebelum birthday date sebab on the birthday kami suami isteri nak puasa 6 Syawal. Lepas jer amik anak-anak balik sekolah terus pergi lunch. Lokasi pilihan anak-anak, iaitu Sushi King. Nasib anak-anak request nak makan sini, berbaloi betul. Korang boleh baca review app Sushi King untuk lebih details.



Rezeki time habis makan dah pukul 3 lebih dapat lah jimat 20% untuk semua hidangan sushi yang kami makan.




Nak redeem FREE Cake untuk birthday boy, tapi stok kek semua habis, so sushi king ganti dengan Matcha Ice Cream ni. Okay lah kan, yang penting FREE...hehe

Lepas habis makan , kenyang perut senang hati, kami terus pergi tengok wayang. Tengok filem X-Men Dark Pheonix




Habis tonton wayang, kami solat asar dan bergerak balik. Tapi singgah ke Giant shopping barang rumah jadi yer lepas maghrib juga baru sampai rumah, hehe... Masa kat Giant huda belikan sepotong kek favourite Chocolate Indulgence untuk celebrate birthday Mr Hubby tepat jam 12 malam. (  Anak-anak dah tdo, dapat lah mama papa romantik..hehe) 




Alhamdulillah, simple celebration untuk Mr Hubby. Semoga Allah sentiasa perlihara dan kurniakan rezeki yang berkat untuk Mr Hubby Kesayangan ni.. Semoga kita dapat sambut birthday sampai tua.... Amin....

Post a Comment

1 Comments

Ai said…
Happy birthday husband kak huda.