Review Filem X-Men Dark Pheonix



Semalam huda luangkan masa bersama keluarga dengan family outing sempena celebrate harijadi encik suami. Kami luangkan masa 2 jam menonton filem terbaru X-Men dark Pheonix yang mula di tayangkan sejak minggu lepas. Kami satu sekeluarga memang peminat filem aksi dan superhero ni, jadi kami sangat teruja untuk menonton filem X-men Dark Pheonix.


Review Filem X-Men Dark Pheonix



Rating: PG-13 
Genre:Action & Adventure, Science Fiction & Fantasy
Directed By:Simon Kinberg
Written By:Simon Kinberg

Sinopsis X-men Dark Pheonix.

Filem ini mengisahkan tentang salah seorang watak X-Men yang paling disukai, Jean Gray, ketika ia berkembang menjadi ikon  DARK PHOENIX. Semasa misi menyelamat yang mengancam nyawa di angkasa, Jean telah terkan cahaya kosmik yang mengubahnya menjadi salah satu mutan yang paling kuat dari semua. Filem ini adalah filem X-Men yang paling emosional . Ia adalah puncak 20 tahun filem X-Men. 



Walau bersepah di internet tulis review filem ni tak best, tapi lepas huda tengok semalam,takde lah teruk mana, still kami satu family enjoy.

Kira okay lah spend RM60 utk tiket wayang dan popcorn kami sekeluarga, enjoy layan movie ni selama 1 jam 55 minit dari awal sampai habis.
Plot movie ini okay, jalan cerita yang menarik, aksi pun mantap. Memang anak2 pun enjoy tengok. 

Antara pengajaran huda dapat dalam filem ni..

Walau kita manusia biasa, tak macam X-men yang mutant human , setiap insan ada keistimewaan masing2, ada bakat masing2. Semuanya adalah hadiah dari Allah. Namun ia terpulang pada kita nak gunakan keistimewaan kita pada arah kebaikan atau keburukan. 

Favourite scene huda dan suami dalam filem X men ni, ada time Charles mula2 jumpa Jean Grey waktu dia umur 8 tahun. 
Babak di mana Charles bagi hadiah sebatang pen, dan cakap itu hadiah utk Jean. 
Terpulang pada Jean nak guna kan untuk menulis atau cucuk mata orang..
Charles berjaya kawal Jean dari guna kuasa dia dan membahayakan org lain. Walau pun terpaksa menipu.. Sometimes truth is hurt right? 

Lagi satu babak favourite huda adalah bila Jean bangkit dan sedar betapa pentingnya Keluarga X-men ni dalam hidup dia.. Keluarga adalah harapan dan kekuatan. Bila sentuh bab family ni semua orang akan emotional. Tapi emosi kadang kala membantu kita menjadi lebih kuat dan lebih baik. 

Babak aksi filem ni pun agak hebat dengan efek CGI. Semua watak berlawan dengan kuasa masing2 dengan hebat. Aksi dipenghujung filem, gaya Jean Grey ni macam Wanda Maximoff dalam Avengers dan gabung dgn kuasa Thanos. Serius hebat betul kuasa si Jean Grey ni..

Suami dan huda bagi 4 bintang untuk filem X-men Dark Pheonix. Mungkin masa akan datang boleh la repeat tengok movie ni, sebab serius berbaloi tengok.

Okay, nanti kan review filem superhores bulan Julai pula yer... 

Post a Comment

1 Comments

Rinazul said…
bestnya. nak tengok dari haritu..tak sempat lg :'(