Anak anda terlepas dari terima imunisasi ketika bayi? Jom baca ini Cara Hadapi Masalah Keciciran Imunisasi
Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan (imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Pemberian vaksin membantu menguatkan sistem imun mereka dengan merangsangan sel pertahanan, seterusnya melindungi mereka daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa. Maka, adalah sangat disyorkan agar kanak-kanak diberi imunisasi seawal mungkin mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.
Tahukah anda, kanak-kanak yang berumur 2 bulan sehingga 15 tahun yang tidak diketahui status imunisasi kerana tidak mempunyai rekod lengkap, dianggap tidak pernah menerima imunisasi. So cuba cek buku kesihatan anak-anak. Penting ni bila nak key in bila daftar anak-anak sekolah nanti.
Anak-anak yang tak di ketahui status imunisasi ini dikategorikan sebagai 'Kes Keciciran Imunisasi'.
Alhamdulillah, walau anak-anak anda yang termasuk dalam kes keciciran imuninasi ini , layak menerima suntikan imunisasi mengikut Program Imunisasi Kebangsaan tetapi mengikut penjadualan semula. Berita baik ni, so sama-sama kita kongsi yer pada rakan-rakan , saudara mara semua...
Cara Hadapi Masalah Keciciran Imunisasi
Ibu bapa hanya perlu ke klinik kesihatan atau klinik desa berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada kakitangan dari kementerian kesihatan Malaysia yang bertugas. Jangan bertangguh, jom kita sama-sama jadi ibu bapa yang bertanggungjawab. Lindungi anak-anak anda, dapatkan mereka imunisasi. Imunisasi bukan sahaja melindungi individu, tetapi turut melindungi seluruh keluarga, masyarakat dan negara.
Post a Comment