Assalamualaikum, hari ini huda kongsi satu ilmu kesihatan anak-anak kita iaitu imunisasi. Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Tapi kalau ada anak-anak anda yang terlepas jadual imunisasi masa bayi, jangan risau , sekarang ada cara inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk anda yang hadapi masalah keciciran imunisasi.
Vaksin berfungsi melindungi tubuh kanak-kanak menghasilkan sel dan antibodi secara semulajadi bagi melindungi nya daripada jangkitan virus dan bakteria. Walau bagaimanapun, mekanisma pertahanan ini boleh dirangsang dengan suntikan vaksin. Antigen dalam vaksin bertindak merangsang sistem daya lawan jangkitan (imun) untuk menghasilkan antibodi khusus terhadap penyakit tertentu. Ia menguatkan imuniti melalui rangsangan kepada sel pertahanan supaya mengenali virus atau bakteria tertentu untuk dilawan pada masa hadapan. Kesan maksimum sesuatu vaksin lazimnya akan bermula selepas dos terakhir vaksin tersebut diambil mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.
Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan (imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Pemberian vaksin membantu menguatkan sistem imun mereka dengan merangsangan sel pertahanan, seterusnya melindungi mereka daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa. Maka, adalah sangat disyorkan agar kanak-kanak diberi imunisasi seawal mungkin mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.
Tahukah anda, kanak-kanak yang berumur 2 bulan sehingga 15 tahun yang tidak diketahui status imunisasi kerana tidak mempunyai rekod lengkap, dianggap tidak pernah menerima imunisasi. So cuba cek buku kesihatan anak-anak. Penting ni bila nak key in bila daftar anak-anak sekolah nanti.
Anak-anak yang tak di ketahui status imunisasi ini dikategorikan sebagai 'Kes Keciciran Imunisasi'.
Alhamdulillah, walau anak-anak anda yang termasuk dalam kes keciciran imuninasi ini , layak menerima suntikan imunisasi mengikut Program Imunisasi Kebangsaan tetapi mengikut penjadualan semula. Berita baik ni, so sama-sama kita kongsi yer pada rakan-rakan , saudara mara semua...

Cara Hadapi Masalah Keciciran Imunisasi
Ibu bapa hanya perlu ke klinik kesihatan atau klinik desa berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada kakitangan dari kementerian kesihatan Malaysia yang bertugas. Jangan bertangguh, jom kita sama-sama jadi ibu bapa yang bertanggungjawab. Lindungi anak-anak anda, dapatkan mereka imunisasi. Imunisasi bukan sahaja melindungi individu, tetapi turut melindungi seluruh keluarga, masyarakat dan negara.
19 Comments