Hujung Minggu Melayan Tetamu dari Jauh

Alhamdulillah, pada hujung minggu yang lepas, mak dan 2 orang abang huda datang Kuala Terengganu dan menginap di rumah kecil huda. Boleh tahan sibuk juga bila ada tetamu dalam rumah kan?



Seawal 5.45 pagi , Huda dan pergi jemput mak dan abang yang baru sampai dari Johor di stesen bas. Lepas tunggu mak dan abang habis solat subuh, terus bergerak ke Nasi Dagang Atas Tol. Port yang wajib singgah bila sampai terengganu adalah makan nasi dagang.


Lepas itu balik rumah dan berehat. Pada sebelah petang, hajat hati nak makan ICT di kedai paling sedap di terengganu iaitu ICT Pok nong, tapi takde rezeki, kedainya tutup. Kami pergi makan ICT di restoren Firdausy yang terletak di belakang pagar airport. 


Pada sebelah malam, kami menghadiri majlis pernikahan sepupu di Sg. Tong , Setiu. Yeay, bertambah geng orang Johor kahwin orang teganu. Takdelah huda sorang jer kan... hehe


Keesokannya, seawal 7 pagi, huda bawa mak dan abang pergi makan di kedai makan pagi favourite huda iaitu Kedai Nasi Kerabu Pok Din bersebelahan Petronas Gong Datok.



Habis breakfast terus bergerak ke Pasar Payang. Huda tak shopping pun, just teman mak dan abang-abang shopping.

Pada tengahari pula, kami pergi hadiri majlis perkahwinan sepupu kami yang bernikah malam semalamnya tu. 


Habis jer majlis kenduri kahwin, huda bergegas pulang ke rumah, sambut tetamu dari Johor yang datang beraya rumah huda. Punya lah penat dan kalut, tak sempat langsung nak amik gambar rumah penuh dengan tetamu. 

Sebelum semua balik, sebahagian naik bas ke Muar, dan abang sorang lagi naik flight balik ke Putrajaya, huda bawa diorang singgah layan angin pantai sambil makan petang di D Rumoh Pata. Restoren favourite huda, dan paling best, dekat jer dengan rumah huda. Makin cantik plak kat sini, nanti nak datang sini lagi. Mak pun dah berangan nak bawa abah ke sini.


Alhamdulillah, segala perancangan kami hujung minggu lepas dipermudahkan. Dan huda sangat seronok bila tetamu berkunjung ke rumah. Tetamu tu pembawa rezeki kan? Rasa berkat dan bahagia jer bila semua tetamu gembira. InshaAllah hujung yang akan datang pun ada tetamu nak datang rumah, excited yer!! 

Post a Comment

0 Comments