Terokai Legoland Malaysia Theme Park - Part 1

Alhamdulillah, rezeki anak-anak dapat jejakkan kaki untuk kali kedua di Legoland Malaysia Theme Park pada hujung minggu lepas.  Sangat tak terduga kami dapat repeat ke Legoland secepat ini. Rezeki itu kan rahsia Allah, dan bila Allah hadiahkan rezeki kita kena bersyukur banyak-banyak! Okay, kali ini huda dan suami dah set plan nak terokai tarikan di Legoland Theme Park yang kami tak sempat nak main pada tahun lepas. 




Kami ada dua hari untuk terokai kesemua tarikan yang menarik di Legoland Theme Park ini. Jadi huda akan kongsikan dalam entry part 1 dan part 2. Pada hari pertama, kami masuk ke Legoland Theme Park dalam pukul 11 lebih, lepas huda settlekan letak beg di lobby Legoland Hotel. Kami berjalan kaki dari hotel ke theme park lebih kurang 2-3 minit. Kami cuma ada masa dalam 3 jam sahaja untuk terokai Legoland Theme Park pada hari pertama ini sebab huda ada urusan di Legoland Hotel pada sebelah petang.
The Arifs excited baca map , nak pergi mana yer dulu? 


Legoland Park ini ada 8 kawasan tema yang berbeza, dan lokasi pertama kami adalah Land Of Adventure. 






The Arifs posing dengan replika lego yang terdapat di Land of Adventure. 


Permainan pertama kami adalah Lost Kingdom Adventure iaitu permainan laser-blasting hunt for hidden treasure. Memang syok habis main satu family. Kami repeat sampai dua round main kat sini! 


Main tembak-tembak laser guna pistol kuning ni. Syok betul anak-anak. Jakun tak pernah main, hehe...



Next, Arif Haikal berani kan diri main game Beetle Bounce iaitu sebuah tower setinggi 15 kaki, yang akan turun dan naik berulang kali. Adik Arif Hakim masih kecil, jadi dia takut nak cuba. 


Seterusnya, kami melangkah masuk ke Lego Ninjago World. Lokasi favourite Arif Haikal. Dari awal-awal masuk memang dia aim nak main kat sini. Tak silap huda sebelum ni kawasan ni di tutup untuk proses upgrade. Alhamdulillah, masa kami pergi tempat ni sudah di buka. Kalau tak mesti sedih anak mama ni.. 



Serius sangat-sangat best game Ninjago the Ride ni, sebab game ni sudah di upgrade. Game lagi menarik ala-ala main VR pun ada, sangat berbeza dengan tahun lepas. Tak puas main sekali, harus repeat lagi main kat sini! Lepas main akan keluar result permainan di papan skor. Skor kami of course makin bagus berbanding skor tahun lepas, haha.. Semangat giler main kat sini, lepas main terasa lenguh juga la tangan. 



Adik Arif Hakim bergambar bersama karektor Ninjago kesukaannya. 

 
Kemudian kami menonton LEGO Ninjago Live Show untuk pertama kalinya, tahun lepas serius tak sempat, sebab waktu tayangan hanya pada waktu tertentu. 



LEGO Ninjago Live Show merupakan puppet show dengan setting Japanese Style. Live show yang berdurasi 20 minit ni sangat menghiburkan dengan aksi dan teknik pencahayaan yang sangat "wow"! 





Selepas hampir 2 jam lebih berjalan dan bermain, perut kami semua mula lapar nasi! Time untuk lunch. Seperti tahun lepas, huda memilih untuk makan di The Market Restaurant sebab kat sini ada nasi beriyani sedap!

Nasi Beriyani Kid Set RM 25 


Nasi Ayam Kid Set RM 25 

Kami order 2 set nasi beriyani untuk huda dan suami, dan 2 set nasi ayam untuk The Arifs. Kami order kids set jer semua. Walaupun  kid set, portion nasi dan ayam memang mencukupi dan kenyang sangat untuk orang dewasa makan. So total makan untuk lunch RM100 untuk kami berempat. Itu pun tak habis tau, siap tapau bawa balik hotel. 


Cantikkan kotak packaging untuk tapau makanan kat Legoland ni. 



Selesai makan, plan nak gerak terus balik hotel, sebab PR dah mesej minta jumpa dia untuk settlekan urusan cek in hotel, tapi The Arifs nak singgah Junior Driving School. Encik suami kata, tak pelah kita singgah sekejap bagi anak main. Junior Driving School ini ada dua bahagian, satu bahagian untuk kanak-kanak 3 hingga 5 tahun dan lagi satu untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas. 



First time lepaskan adik drive sorang-sorang. Tahun lepas dia tak berani drive sorang-sorang kat sini. Alhamdulillah, tahun ni anak mama dah besar, pandai dah drive sorang-sorang. Bukan main seronok dia driving kat sini. 




Kemudian kami semua terus melangkah keluar dari Legoland Theme Park dengan rasa tak puas, sebab banyak lagi tarikan tak sempat pergi hari pertama ni. Tapi takpe lah, esok ada lagi, lagipun kami semua sebenarnya lebih excited nak cek in Hotel Legoland untuk kali pertama dalam hidup ni! Sebelum keluar ada staff Legoland promote untuk beli Bubble Wand ni. Fuh tengok harga sampai RM 60-80 ke huda tak berapa ingat. Yang penting Mahal! Nasib The Arifs hanya tengok dan tak minta. 


Sebelum meneruskan langkah ke pintu hotel Legoland, kami di tegur oleh seorang pengunjung dan offer diri dia untuk ambil gambar kami sekeluarga. In return dia minta ambil gambar keluarga dia pula. Alhamdulillah, ada juga proper family picture kami bersama. 

Sekian cerita hari pertama di Legoland Theme Park. Next huda akan kongsikan pengalaman menarik kami menginap di Hotel Legoland. Stay Tune!

Post a Comment

18 Comments

Suria Amanda said…
Legoland memang daya tarikan untuk anak- anak..nasib baik anak SA dah besar..dah anak dara dah..seronok betul the arifs kat sini erk..nanti kita tgok part 2 plak ye..
Hunny Kitty said…
Ai pun plan nak bawak anak lagi tp tunggu besar skit sbb masa pergi last time banyak benda tak boleh main sbb x cukup tinggi dsb. Tapi legoland mmg one of the best theme park
Fadzi Razak said…
Dulu dah planning nak bawak anak pergi legoland bila dia dah besar sikit, dah boleh main macam macam. sekali keluar anak baru. hahahah kene postpone sekali lagi sampai anak baru besar sikit
Seronok macam2 ada kat sini. Anak mmg excited kalau dapt masuk legoland. Taman tema yang sentiasa menjadi pilihan seisi famili
Murni Alysa said…
Murni pon teringin nak bawa anak2 sekali lagi ke legoland ni..dulu pergi waterpark jer..tak sempat nak masuk themepark..ni kena buat tabung legoland laa ni
JMR said…
Legoland! tempat feveret anak-anak ni. Stu hari suntuk dok main kat dalam tu pun tak rasa penat pun budak2 ni kan..next time nak stay di hotel legoland tu jugak la nanti
Hanny Abdullh said…
Beruntungnya anak-anak dapat ke Legoland 2 kali. Sis pulak kesian betul..dah tuo2 tak dapat lagi jejak kaki ke Legoland..huhuhu, teringin gak nak ke sana..:D
saidila said…
tak pernah tak best ke legoland nih , bukan anak2 jer , mak bapak pun enjoy sama , seharian kat sini memang tak cukup nak cover semua ride dan naik berulang kali....
Faries said…
Wah bestnya pergi legoland bersama dengan yang tersayang. Saya tak pernah lagi kesini. Selalu tgok pengalaman orang ja. Insyaallah one day sebab lepas baca entri ni terus rasa bersemangat dan terus nak masukkan legoland dalam wishlish bercuti tahun ni.hehehe
Mawardi yunus said…
Saya sendiri dah lebih 4 kali ke legoland. Memang best dan tak pernah puas. Nnti ada rezeki nak ke sini lagi.
Julia Mahir said…
Bestnya pegi Legoland. Kita tak pernah sampai lagi sbb rasa cam jauh nya nak travel Penang ke Johor tu.. Huhu Tapi teringin nak bawak anak-anak pergi.
Rawlins GLAM said…
Rawlins belum lagi berkesempatan nak melawat dan enjoy Legoland - teringin nak bawa anak-anak saudara agar mereka boleh enjoy Lego. InsyaAllah soon.
Mek Onie said…
Allah rindunya nak berjimba dekat Legoland kak huda dia. Dulukan, onie ingat legoland ni sesuai untuk bebudak je. sekali sesuai untuk dewasa gak, ternyata onie happy kat legoland. seronok la anak-anak akak dapat ke sana :D
SlumberLady said…
Legoland ni anak-anak memang suka. Yelah dapat main dan semuanya benda best2. The arifs nampak enjoy sangat.
Syamimi Saad said…
Bestnya dapat ke legoland.
Kita dah dekat ni pun tak terjah lagi.
Hehe
Kena kumpul duit dulu, baru syok berjalan orng kata.
Biar anak anak pun puas bermain nanti.
Sunshine Kelly said…
Wah best dapt bercuti kat legoland. I belum pernah pergi lagi asyik baca review review je. Maybe this school holiday i cuba.
Edison hope said…
This paragraph offers a clear idea for the new viewers of blogging, that really how to do blogging. getting a visa for Turkey with the E Visa of Turkey. Online process you can fill your visa application form Turkey. Processing time 3-5 days. Apply online now!
Nice post. Thank you for this work. The travelers need to apply visa for Kenya business visa through online visa application. Check the details and read the guidelines before you fill up the application form.