Kebaikan dan Kekurangan Bila Budaya Pengasingan Kelas di Mansuhkan Tahun 2019


Sesuatu menggangu fikiran huda sejak dua menjak... Anak sulung huda bakal naik darjah satu tahun hadapan. Kerajaan baru Malaysia di bawah pimpinan PH dan menteri pelajaran yang baru sudah mengeluarkan arahan supaya tiada lagi budaya pengasingan kelas pada tahun hadapan.


Mula-mula, dari perspektif seorang ibu, huda rasa okay kot, bila anak-anak dapat berkawan tanpa ada diskriminasi tahap IQ mereka di sekolah. Namun selepas huda baca perkongsian dan perspektif dari seorang guru buatkan huda berfikir... dan asyik fikir bagaimana nasib Arif tahun hadapan.

Berikut adalah ringkasan pandangan Cikgu Mohd Fadli Salleh. tentang kebaikan dan keburukan bila budaya pengasingan Kelas di Mansuhkan Tahun 2019. Ia adalah pendapat peribadi dari kacamata seorang guru yang pernah mengajar kelas yang diasing 8 tahun dan kelas tanpa pengasingan selama 5 tahun.

Kelebihan Pengasingan Kelas


Murid searas dikumpulkan dalam sekelas. Sangat memudahkan guru handle kelas dan mengajar. Budaya pembelajaran murid hampir sama. Aktiviti kelas dan latihan yang sama boleh diberi.

Mereka akan berlumba-lumba untuk bersaing sesama mereka kerana aras yang hampir sama. Sesiapa sahaja boleh menjadi nombor 1 jika berusaha. Persaingan ini bagus sekali.

Murid dari kelas belakang berpeluang masuk ke kelas hadapan jika mereka usaha lebih. Ini membuatkan mereka lebih rajin untuk masuk ke kelas yang lebih baik. Murid dari kelas depan pula berusaha agar tidak jatuh dan turun kelas. Persaingan sihat!


Kelebihan Tiada Pengasingan Kelas.


Murid tidak rasa dibeza-beza. Mereka rasa mereka semua sama sahaja. Tiada rasa rendah diri bila perlahan dalam pelajaran.

Murid yang pandai bergaul dengan murid yang tidak pandai. Ini memberi motivasi kepada murid perlahan. Buddy support juga wujud di mana murid laju sentiasa bimbing murid perlahan.

Budaya belajar dari murid yang pandai dan rajin ditiru oleh murid perlahan ini. Seterusnya budaya rajin membaca, selalu bertanya, berani menjawab dan tampil ke hadapan berjaya diserap oleh murid pemalu, perlahan dan slow.

Kekurangan Pengasingan Kelas.


Mereka rasa gah bila berada di kelas hadapan. Murid yang perlahan pula segan dan malu untuk bagitahu kelas mereka.

Wujud perbandingan kelas dan sindirin,

"Oh. Dia murid kelas belakang. Patutlah."

"Patutlah dia selalu menang. Dia murid kelas depan."

Pergaulan murid terhad. Murid kelas depan hanya berkawan dengan kawan-kawan setaraf mereka sahaja. Jarang murid kelas depan bergaul rapat dengan murid kelas belakang.


Kekurangan Tiada Pengasingan Kelas.


Pengajaran dan pembelajaran sukar dilaksanakan kerana aras murid berbeza-beza. Guru perlu menyediakan bahan yang berbeza-beza untuk murid laju, sederhana dan perlahan.

Sikap murid perlahan yang malas pula diikuti murid yang rajin dan bijak. Akhirnya ada murid yang asalnya rajin dan pintar menjadi malas dan keputusan peperiksaan mereka merudum. Budaya negatif sememangnya lebib cepat mempengaruhi kanak-kanak.

Murid perlahan kurang berusaha kerana sedar mereka takkan dapat merampas kedudukan dalam kelas dari murid pintar. Persaingan dalam belajar akan kurang kerana mereka tidak risau turun kelas lagi.

Murid juga hanya bergaul sesama mereka. Tiada peluang naik atau turun kelas dari darjah 1-6. Ini membuatkan hubungan mereka sesama batch mereka renggang. Tidak pernah bertukar kelas bermaksud tidak membuat kawan baru. Hanya rapat dengan kawan sekelas sahaja.

======================
Kredit : www.gpsbestari.com
======================


Lepas huda baca satu demi satu point di atas, memang agak susah hati. Sebab huda tahu tahap IQ Arif Haikal ni macamana, dan sifat dia yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

Kena doa banyak-banyak ni untuk anak-anak, cabaran zaman persekolah sebenar bakal bermula tahun depan.

P/s : Kalau hantar sekolah private ada isu tak tentang pengasingan kelas ni?? 

Post a Comment

0 Comments