Cuti Sekolah Bermula!


Hari ini bagi pantai timur, cuti sekolah bakal bermula! Fuh, last sekolah ni, lepas ni 39 hari cuti. Pening kepala fikir nak buat aktiviti apa dengan The Arifs. Tahun ni, Arif dah habis tadika, dan bakal naik darjah satu, si adik hakim pula bakal masuk Tadika tahun depan. 

Sebelum rutin harian yang bakal berubah tahun depan, huda nak spend 39 hari di penghujung 2018 ni sepenuhnya dengan anak-anak. 

Perancangan Cuti Sekolah 

Part 1 : Sambut 7th Anniversary dengan road trip ke Kuantan, Pahang . Ini tempat huda dan suami mula kenal dan bercinta 10 tahun lepas. Kami akan stay selama 3 hari 2 malam di lokasi menarik di Kuantan.



Part 2 : Family Day di Desaru, Johor. Family day julung kalinya yang kumpulkan semua sepuluh adik beradik huda dan kami akan stay 3 hari 2 malam ni sebuah villa yang terletak berhampiran dengan Desaru. 



Part 3 : Family Day di Langkawi. Ini family dengan keluarga mertua. Kami akan stay 4 hari 3 malam di Langkawi di sebuah homestay di Pekan Kuah. 



Beza tempoh waktu dari part 1 ke part 2 dan seterus ke part 3 dalam 2 minggu. Okaylah, takdelah berjalan non-stop kan. Takut penat badan anak-anak. 

Doakan segala perancangan huda dan keluarga di permudahkan yer! Jom packing-packing beg nak gerak ke destinasi percutian pertama! Mood love in the air ….. konon-konon amik feel bercinta sebab nak “honeymoon” kali ke berapa entah ni… hehe….

Happy School Holiday!

Post a Comment

0 Comments