Pengalaman Melihat Super Blue Blood Moon

SubhanaAllah, Allahu Akbar. Lafaz yang huda sebut berulang kali bila dapat melihat fenomena alam yang sangat "rare" iaitu Super Blue Blood Moon semalam. Korang dapat tak tengok dengan mata sendiri bulan warna merah?

Bagaimana fenomena ini boleh berlaku? Jemput baca info yang di sediakan oleh Angkasa Malaysia.



" Pada Rabu, 31 Januari 2018, bermula jam 7:48 malam sehingga jam 11:11 malam, seluruh penduduk Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh apabila Bulan terlindung oleh bayang “umbra’ Bumi. Fasa gerhana akan bermula dari 7:48 malam hingga 11:11 malam manakala Fasa Gerhana Penuh pula akan bermula dari 8:51 malam sehingga kemuncak pada jam 9:29 malam dan tamat pada jam 10.07 malam. Gerhana Bulan juga dikenali sebagai “Bloodmoon” kerana warna gerhana yang kemerahan.

Pada malam tersebut, Bulan dikenali sebagai “Bluemoon” kerana ianya merupakan bulan penuh kali kedua pada bulan Januari 2018. Bulan penuh yang kedua di dalam bulan yang sama dikenali sebagai “Bluemoon”. Pada ketika itu juga, Bulan dikenali sebagai “Supermoon” kerana Bulan berada paling hampir dengan Bumi.

Gabungan ketiga-tiga fenomena dikenali sebagai “Super Blue Blood-Moon”. Fenomena pada malam tersebut pernah berlaku pada tahun 1866 iaitu kira-kira 152 tahun yang lalu." - Planeterium Negara

Ini pula gambar yang jelas fenomena bulan merah  dari NASA.




Sungguh huda sangat teruja dan kagum. Allah Maha Besar. Ini salah satu tanda kekuasan Allah supaya kita hamba-hambaNya berfikir dan insafi diri. 

Bayangkan fenomena seumpama ini telah berlaku 152 tahun dahulu, dan ia kembali berlaku pada tahun 2018. 

Apakah petanda yang Allah mahu kita sebagai hambaNya sedari? Bukah kah gerhana itu salah satu tanda kiamat?

Rasullah SAW bersabda: -

”Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah yang ditunjukkan-Nya. Gerhana tersebut tidaklah terjadi kerana kematian atau hidupnya seseorang. Akan tetapi Allah menjadikan demikian untuk menakuti hamba-hamba-Nya. Jika kalian melihat sebahagian dari gerhana tersebut, maka bersegeralah untuk berzikir, berdo’a dan memohon ampun kepada Allah.”

Semoga fenomena yang berlaku semalam menjentik hati kita untuk semakin dekat dengan Allah, amalkan gaya hidup islam sepenuhnya, jaga solat sebaik mungkin dan melipat gandakan amal kebajikan. Kiamat itu makin hampir.  Bersediakah kita? Adakah amalan hari ini membawa kita ke syurga atau neraka?
some_text

Post a Comment

1 Comments

mas saari said…
Bestnya dapat tengok, tempat akakn semalam hujan lebat.Memang tak nampaklah, kelam je langit.