Pengalaman ke Legoland Theme Park dan Sealife Malaysia Ketika PKPP



Alhamdulillah, wishlist nak jejakkan kaki ke Legoland Theme Park dan Sealife Malaysia pada tahun 2020 ni tercapai. Plan asal nak pergi bulan November tapi sebab PKPB dan pergerakan merentas negeri disekat maka kami ubah pada bulan Disember. Tarikh di pilih adalah 6 hb Disember 2020, dan selepas tarikh kami kunjungi Legoland, keluar pula notis Legoland Theme Park dan Sealife di tutup sementara sehingga 20 Disember. Fuh, kalau dah rezeki memang pasti ada kan? Kalau kami tangguh sehari lagi memang hancur lah harapan. Syukur Allah izinkan kami sekeluarga jejakkan kaki ke Legoland tiga tahun berturut-turut. 

Pengalaman ke Legoland Theme Park dan Sealife Malaysia Ketika PKPP 

Sekarang dah takde pamplet untuk map. kena scan QR Code atau refer map macam ni.. Dulu syok, The Arifs pegang map sorang satu , pick nak teroka part mana...



Kunjungan ke Legoland dan Sealife kali ni adalah untuk tebus hadiah saguhati join contest anjuran Legoland ketika PKP pada bulan Mac yang lalu. Legoland bagi masa sehingga bulan ini sahaja untuk tebus hadiah. Alhamdulillah, murah betul rezeki The Arifs, tiket masuk ke Legoland Themepark dan Sealife PERCUMA! Huda dan suami juga bertuah sebab kami masuk ke Legoland dengan tiket buy one free one. Jadi jimat banyak lah trip ke Legoland. ( Ikutkan 2 tahun berturut yang lalu lagi jimat sebab semua fully sponsored) . 

Urusan di kaunter masuk untuk redeem agak lama juga, lebih 15 minit rasanya. Tunggu staff cek nama , cari hadiah saguhati dan tukar baucer hadiah kepada tiket masuk. 
Dalam hampir jam 11 pagi baru kami mula berjalan-jalan meneroka Legoland Themepark. Sudah kali keempat kami jejakkan kaki ke sini, sudah hafal setiap laluan nak ke mana. Dulu terasa luas sangat Legoland Themepark ni, tapi trip kali ni rasa macam takde lah luas mana , hehe… 

Trip kami ni agak bosan sebab banyak rides tak available, restoren favourite kami juga tutup. 




Ride pertama kami naik adalah Boat. Waktu dah mula panas time ni. Anak-anak mula menunjukkan rasa lapar. Habis satu ride , kami naik train pula. Lepas turun dari train terus berpatah balik ke bahagian depan pintu masuk, sebab hanya restoren di area sana yang ada nasi. Lunch haruslah makan nasi kan, nak sambung berjalan sampai ke petang di sini. 



Ini menu paling murah kami beli. RM 30 harga asal, tapi promosi bayar guna TnG dapat RM 25 per set. Time tu juga huda top up TnG . Kalau boleh jimat kenapa nak membazir betul tak? Okay lah sedap dan kenyang makan. 





Siap makan teruskan berjalan menuju ke Imagination. The Arifs main lego dan buat jadi kereta kemudian berlumba di trek yang di sediakan. Habis main, terus solat zuhur, sebab surau berdekatan dengan kawasan ni. Habis solat tonton wayang 5D. Hmm, tidak seperti dulu. Tiada percikan air, effect angin pun tak terasa . Mungkin kah Legoland budget dah sekarang, effect langsung tak sama macam tahun lepas.. 

Adik hakim minta nak main di Adventure Land. Namun malangnya tempat dia nak pergi tu tutup. The Arifs kurang excited nak naik rides lain. Jadi kami terus melangkah keluar dan lalui miniland. Ambil gambar sikit-sikit jer sebab panas. 




Keluar Legoland Themepark kami masuk ke Sealife Malaysia!



Pengalaman Pertama The Arifs Masuk Sealife Malaysia 


Teruja! Sebab pengalaman pertama The Arifs masuk Sealife Malaysia. Huda dan suami pernah masuk tahun lepas sebelum dibuka sepenuhnya atas tiket media ketika tu. Boleh baca pengalaman kami tahun lepas di SINI. 

Sealife Malaysia ini dibuka pada jam 10 pagi sehingga 6 petang. Jadi sebaik-baiknya rancang masuk ke Legoland Theme park dahulu baru ke Sealife Malaysia, kerana waktu operasinya extra 1 jam berbanding Theme Park. 




Sealife Malaysia ada 2 tingkat. Ada certain aquarium ada staff yang jaga dan bagi penerangan. Memang bagus trip ke Sealife ni, bukan sekadar tengok ikan tapi penuh informasi. Mainan interactive juga banyak! Memang lama lah The Arifs main di sini. 



Port bergambar pula memang semua cantik2! Menyesal tak bawa kamera , tertinggal dalam kereta! Nak pergi amik, jauh sangat parking. Redha jer la amik gambar guna kamera phone sahaja. 

Jom layan gambar-gambar yang sempat huda snap di sini. 









Anak-anak enjoy dan request nak datang sini lagi tahun depan. InshaAllah murah rezeki tahun depan kita cek in hotel Legoland dan pergi waterpark Legoland pula.

    
Penutup jalan-jalan makan angin 2020. Tak sabar nak sambung misi jalan-jalan dengan The Arifs tahun 2021 teroka tempat baru !

28 comments:

  1. besnya jalan masa PKP. orang pun tak ramai kan. selesa.

    ReplyDelete
  2. Best nyer dapat berjalan bini nak masuk mall pun takut covid

    ReplyDelete
  3. Tak sempat lagi nak menjengah ke Legoland..tapi macam better pegi later je kalau banyak yang tak bukak..hehe

    ReplyDelete
  4. spoil mood jugak lah kalau restoran fav tutup tapi sealife dia cantik lah. Mesti best sangat The Arif sampai request lagi hehe

    ReplyDelete
  5. best jugak eh. ni bukan budak2 je excited, mak budak pun seronok lebih nanti hahaha.. lepas settle covid boleh la pi legoland

    ReplyDelete
  6. Wah seronok nya. Akan masuk wishlists jalan2 ni 🤗🤗🤗

    ReplyDelete
  7. Legoland ni mesti dah banyak perubahan sekarang ni kan hehehe kita dah lama kot tak pergi dulu dapat masa mula-mula buka jer hehehe berapa lama tu tengok menarik dah mainan kat sini kena pergi lagi ni...

    ReplyDelete
  8. Rezeki anak2 dapat pergi legoland. Walaupun tak meriah sangat tapi dptla diaorg jalan2 kan. Nad tak pernah masuk lagi sealife tu..

    ReplyDelete
  9. Pendeknya tempoh yang diberi untuk tebus hadiah tu. Sepatutnya sewaktu Pkpb ni lanjutkan la sikit, ya tak? Tapi nasib baik sempat.

    ReplyDelete
  10. Agaknya masa Huda pergi tu Sis pergi sehari sebelum kot.. sebab sama keadaannya, selepas Sis balik, lusaya terus PKPB Johor..
    Tapi nasib baik jugakan dapat pergi bawa anak-anak.. cuma masa Sis pergi tu Sealife tutup.. anak-anak memang seronok kalau datang sini kan...

    ReplyDelete
  11. Legoland and KidZania is the best edutainment centre for family and kids. Mouse mommy also love to bring kids to visit. Merry Christmas and Happy New Year 2021!

    ReplyDelete
  12. Menarik bethol staycation kat Legoland Malaysia ni. Last pergi pun dah few years back and tak pernah stay lagi.. Boleh plan ni...

    ReplyDelete
  13. Wow bestnyaaaa pergi ke Legoland! Teringin nyaaa nak pergi, xpernah lg menjejakkan kaki ke sini! :-D

    ReplyDelete
  14. Wahh dah lama tak pergi legoland. Teringin pulak tak ingat bila last pergi. Baguslah bawa budak2 pergi at least dorg tak rasa sunyi sangat taun ni

    ReplyDelete
  15. best yer huda ....akak last pergi legoland tahun bila yer ? tak ingat pulak....kalau tak silap masa tu sea life ni tengah dalam pembinaan ...ni yang anak2 minta nak pergi sangat tapi belum berkesempatan...InsyaAllah nanti akan pergi jugak sebab memang menarik ...

    ReplyDelete
  16. what a fun place to spend the holiday with the family. looks super clean too!

    ReplyDelete
  17. Dah banyak kali gak kak huda g Legoland kan?

    ReplyDelete
  18. uii sampaikan nasi pun dioran serve dalam bentuk lego ye. happy la arifs dapat holiday kn

    ReplyDelete
  19. Lamanya tak pergi Legoland, rindu main waterpark dia. Fuh ! Hopefully next year everything dah back to normal

    ReplyDelete
  20. Bestnye dah jejak. Ena belum berkesempatan nak jejak Legoland. Tunggulah baby besar sikit baru syok nak jalan

    ReplyDelete
  21. Zara Zakiah membantu anda untuk sambung belajar di luar negara pengajian doktor oversea serta
    hala tuju lepas spm bagi pelajar jurusan sains.

    Jom lanjutkan pengajian medic mesir anda sekarang!

    ReplyDelete
  22. 5 exciting reasons to study Veterinary medicine .

    Cara-cara Permohonan pelajar ke timur tengah secara mudah melalui online.

    10 top reasons you should take medical course.

    ReplyDelete
  23. Looking for the best travel insurance? click here for the best one!

    Etiqa Tripcare 360
    Etiqa Tripcare 360 takaful
    Tripcare 360

    ReplyDelete
  24. There are too many frauds and scam malaysia to list them all, so here is a checklist to help you think things through and avoid traps for the unwary .
    protection plan
    insurans

    ReplyDelete
  25. etiqa home insurance extra cost or safety net?
    Pokok tumbang atas kereta, bolehkan anda buat tuntutan insurans takaful?

    ReplyDelete
  26. home insurance plan for you.
    Idea belanja diri sendiri tanpa keluar duit.

    ReplyDelete