Assalamualaikum, Salam Hujung minggu untuk semua pembaca ceritahuda.com hari ini. 
Siapa nak kurus , angkat tangan??  Hehe, bagus-bagus, semua orang nak kuruskan, namun tak semua sanggup nak berusaha nak kurus. 
 
Bagi huda, kenapa huda obses sangat nak kurus. Selain nak sihat dan nampak cantik di mata suami, huda nak ringankan beban orang yang angkat jenazah huda kelak. Cuba bayangkan kalau berat kita yang overweight, diri sendiri nak berdiri lama untuk solat pun terasa terbeban, apatah lagi bebanan yang bakal dipikul orang yang nak angkat keranda kita sampai ke kubur nanti. Dah la dosa dah berat, bertambah berat badan diri sendiri lagi. Cuba fikir-fikirkan yer... 
Bila sudah wujud kesedaran nak kurus, kita pasti akan berusaha dengan gigih. InshaAllah, tahun 2018 ini huda nak hadiahkan pada diri sendiri badan yang sihat dan kurus dan yang penting perut tak buncit lagi!! Stress tau tengok tengok buncit. 

Semalam huda ada join Seminar Kurus bersama Kevin Zahri. Ada satu ilmu yang kevin ajarkan semalam membuka mata huda tentang persepsi nak kurus especially part nak kempiskan perut buncit. 
Agak-agak korang mana lagi penting : Jaga Makan Vs Senam?
........
........
........
Jawapannya adalah jaga makan sebelum senam nak kempiskan perut buncit. Korang tahu tak, kalau terus work out kempiskan perut tapi tak buang lemak dan air yang menjadi punca perut buncit tu, perut akan terus buncit, tak kurus2 pun. 
Huhu,stress kan, bila penat-penat senam, lepas tu impian nak kurus tak tercapai juga. 
Jadi, pesanan huda sebelum nak jayakan misi kurus korang tu, sila la jaga makan dan usaha buang air dan lemak berlebihan dalam badan. Kemudian barulah next step toning muscle perut untuk dapatkan perut idaman yang 6 packs tu. ( Tak perlu makan supplement pun sebenarnya untuk kurus, hanya perlu kawal pemakanan harian)
Tips kurus untuk buang air dan lemak berlebihan melalui pemakanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, wholemeal dan paling mudah makan oat. Penting juga kurangkan pengambilan garam dan gula dan berperisa. Senaman ringkas seperti kemas rumah sampai berpeluh pun bagus untuk membakar lemak. 
Alhamdulillah, rezeki semalam join event Seminar Jom Kurus bersam Kevin Zahri, dapat goodies dari official sponsor JK1M10 iaitu Quakers Oat Malaysia. Yeah, misi membuang air dan lemak dari badan minggu ini dengan oats. 

Jauh lagi perjalanan nak dapatkan berat badan ideal ni. Tapi huda yakin tahun ini misi kurus dan sihat serta nak kempiskan perut buncit pasti berjaya sebab ada coach yang bimbing, selama ni syok sendiri jer buat ikut suka hati. Jom kita kurus dan sihat!

some_text