Cucur Lemak Manis Paling Mudah!


Salam Pagi Jumaat yang penuh berkat hari ini. Bumi Kuala Terengganu di basahi hujan rahmat dari tengah malam tadi. Sejuk jer rasa, damai dan tenang pagi ni.. dan semestinya bila hujan, rasa LAPAR!! Nak keluar rumah hujan pula, tak dapat nak pergi pasar tani pagi ni, kita masak apa yang ada kat umah jer la yer. Menu pagi ni Cucur Lemak Manis Paling Mudah!

Resepi Cucur Lemak Manis Paling Mudah!

Setiap kali huda buat cucur lemak manis ni, mesti teringat zaman kanak-kanak di tadika kemas 24 tahun lepas. Seronok makan cucur lemak manis untuk minum pagi masa tadika dulu. 

Ok, cukup throwback zaman kanak-kanak. Sekarang jom kita kongsi resepi Cucur Lemak Manis Paling Mudah! 

Bahan- Bahan

1. 3 Cawan Tepung Gandum

2. 1 sudu teh garam

3. 1/2 cawan susu pekat

4. 2 sudu gula pasir

5. 1 sudu teh soda bikarbonat

6. 2-3 cawan air panas ( tuang sikit-sikit untuk adjust kepekatan bancuhan )

Cara-cara

Satukan semua bahan di atas dalam bekas, kacau hingga sebati. Sambil kacau baca selawat dan Ayat Kursi, kita tambah keberkatan dalam bancuhan cucur lemak manis ni.

Biarkan sebentar, tunggu bancuhan cucur tadi sejuk.

Gunakan sedikit minyak dan bentukkan cucur bulat-bulat, saiz ikut suka =)

Goreng dalam minyak panas!

Siap, makan cucur Lemak Manis dengan Teh Tarik memang terbaik!

 

some_text

Post a Comment

2 Comments

Pakcu said…
Sedap tu...cucur...lama tak mkn...hasil tangn atuk dikg...teringt pula...slm dunia blog...sudi dtg blog saya....sy follow blog...ini....terima ksih sngt jika sudi follow blog sy...
Pakcu said…
Sedap tu...cucur...lama tak mkn...hasil tangn atuk dikg...teringt pula...slm dunia blog...sudi dtg blog saya....sy follow blog...ini....terima ksih sngt jika sudi follow blog sy...