Peluang Keemasan Sertai Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Peluang Keemasan Sertai Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia

Peluang Keemasan Sertai Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia

Share This



Assalamualaikum. Salam hujung minggu untuk semua pembaca Ceritahuda.Com hari ini. 
Huda nak kongsi pengalaman huda sertai Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia ( JK1M) edisi ke 10 yang berlangsung serentak seluruh Malaysia bermula 27 Januari 2018 hingga 10 Mac 2018. 

Huda memang dah lama teringin nak sertai JK1M sejak beberapa tahun lepas, namun atas sebab-sebab tak dapat nak elakkan, huda banyak kali terlepas peluang. Alhamdulillah, rezeki Allah untuk huda di awal tahun 2018 ini, peluang keemasan sertai cabaran JK1M dengan tajaan atas tiket blogger. Terima kasih huda ucapkan Kelab Blogger Ben Ashaari dan kolaborasi dengan program cabaran JK1M #10 atas peluang ini untuk huda. 

Huda akan memberi komitmen sepenuhnya dan mencabar diri sendiri untuk kurus dan sihat. Dah rebut peluang keemasan sertai JK1M #10, huda akan manfaatkan sepenuhnya. InshaAllah semoga Allah mudahkan dan makbulkan impian huda miliki berat badan ideal dan tubuh badan yang cantik. 

Semalam selesai Kick Off Session JK1M#10 di Kuala Terengganu bersama coach pilihan huda iaitu Coach Dr Hj Fadzlan. Banyak perkongsian ilmu dari coach tentang asas penurunan berat dan meal plan yang terbaik untuk pastikan misi kuruskan badan dengan “ Fat loss” tercapai. Semua peserta harus memberi komitmen dan mengikut protocol yang diberi oleh coach dengan sepenuhnya. InshaAllah penurunan berat badan itu pasti terhasil dengan usaha dan konsisten mengikut protocol yang di sediakan.



Alhamdulillah, huda syukur bertemu dengan Coach yang tepat. Di awal sesi, semua peserta di wajibkan menimbang berat badan, mengambil ukuran lilit pinggang, gambar depan serta sisi, kemudian bacaan tekanan darah dan pulse rate. Huda memang dah lama tak cek semua ni. Memang tak puas hati dengan berat badan sekarang. Jiwa meronta-ronta nak kurus dan semestinya nak sihat! 



Sungguh huda cukup teruja nak tengok hasil pada diri sendiri 6 minggu akan datang, adakah huda berjaya menurunkan berat badan seperti yang huda impikan? Nantikan perkongsian huda 6 minggu akan datang! Huda sahut cabaran Jom Kurus 1 Malaysia ni! Korang pun nak join pun masih boleh tau. 

JOM CABAR DIRI!

Pilih dari lebih 200 kawasan seluruh Malaysia dan sertai program kurangkan berat terbesar Malaysia bersama. Jangan takut untuk berubah. Jom!

Layari http://cabaranjomkurus.com/ untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Pages