Makan Jom! Iftar Ria Bersama Tony Roma’s | Nikmati hidangan Dulang ‘Platter’ Ramadan Ini



Hayati semangat kebersamaan dan nikmati kelazatan rasa yang ikonik serta pelbagai sajian sempena musim Ramadan ini, dengan Iftar Ria Bersama Tony Roma’s.

Dalam kita bermuhasabah diri, memanjatkan keinsafan dan memohon keampunan di bulan mulia ini, inilah masanya untuk turut mengeratkan lagi ikatan dengan yang tersayang, dengan hidangan berbuka yang cukup enak. Tatkala matahari terbenam menandakan tibanya masa untuk berbuka puasa, inilah saatnya untuk berkumpul di Tony Roma's dan melakar kenangan manis sambil menikmati pelbagai hidangan Iftar yang disediakan,

Daripada sajian klasik tradisional sehinggalah hidangan interpretasi inovatif, menu bertema Iftar ini menjanjikan pengalaman menyelerakan sepanjang bulan yang mulia ini, sekaligus memeriahkan lagi detik menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

“Di Tony Roma's, kami percaya bahawa keseronokan berbuka puasa bukan hanya terletak pada keenakan hidangan iftar, tetapi nikmatnya berganda apabila saat ini dikongsi bersama keluarga dan orang tersayang. Jadi, bukankah ini masa yang terbaik untuk TR? Menu bertemakan Iftar kami meraikan semangat kebersamaan, di mana setiap suapan melambangkan kemesraan dan kasih sayang yang mengelilingi kita sepanjang bulan yang penuh barakah ini. Dalam kita berkongsi detik-detik istimewa bersama para pelanggan, sama ada sempena musim perayaan besar-besaran mahupun sekadar meraikan pencapaian peribadi, kami berharap Tony Roma's menjadi tempat pilihan untuk mencipta kenangan terindah bersama yang tersayang untuk tahun-tahun mendatang," kata Shaik Ali Fikri Bajunid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd.

From L-R :

Desiree Tan, Head of Marketing, Revenue Valley Sdn Bhd

Mr Rajiv Bharatiya, Area Director of Operations from Romacorp, Inc.

En Shaik Ali Fikri Bajunid, Group Chief Executive Officer of Revenue Valley Sdn Bhd

En Mohd Fauzi Hassim, Brand General Manager of Tony Roma’s


Meniti hari-hari menjelang bulan Syawal ini, Tony Roma's menjemput para pengunjung untuk meraikan semangat Aidilfitri bersama yang tersayang dan menikmati tawaran istimewa yang dicipta khas bersempena dengan musim perayaan ini. Jadikan Tony Roma’s sebagai tempat di mana setiap hidangan menceritakan kisahnya yang tersendiri, dan setiap detik menjadi kenangan berharga. Inilah masanya untuk menikmati keindahan Ramadan dan kemeriahan Aildilfitri dengan kepelbagaian rasa yang membangkitkan selera.

IFTAR RIA BERSAMA TONY ROMA’S SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL YANG BAKAL TIBA


Terbaharu, Tony Roma's kini memperkenalkan Dulang Platters untuk dikongsi.

Dulang Iftar (Kambing)

  • yang berharga RM269.90 (Harga Biasa RM 304.80, jimat RM 34.90)

Dulang Ria (Daging Lembu)

  • yang berharga RM269.90 (Harga Biasa RM 304.80, jimat RM 34.90)


Ia menawarkan kepelbagaian hidangan lazat yang menampilkan potongan besar daging kambing atau rusuk lembu yang terkenal dengan keempukannya, dihidangkan bersama separuh ayam panggang, lapan keping kepak ayam rangup untuk dicicah dengan sos krim & bawang, roti bawang terkenal dunia, nasi pilaf yang boleh ditambah, sup harian, serta menara minuman soda yang boleh diisi semula. Dengan sentuhan gaya Malaysia, sajian Dulang ini sememangnya lengkap dengan hidangan menu istimewa Tony Roma's dan diganding pula dengan nasi yang boleh ditambah dan menara minuman soda yang boleh diisi semula. Sesuai untuk dikongsi sehingga empat orang, ia pastinya sebuah hidangan yang lazat dan memuaskan.

Hidangan Entree /  Set "Feast for Me"

Di musim ini, Tony Roma’s juga menawarkan hidangan entree terhad untuk waktu ini sahaja, yang boleh didapati secara ala carte atau sebagai set "Feast for Me" yang dihidangkan bersama sup dan minuman ringan. 



Pilihan ini menampilkan kegemaran sepanjang zaman, iaitu Rusuk Kambing lembut yang disajikan dengan Nasi Pilaf dan pilihan hidangan sampingan, serta Pasta Herba Ayam Bakar yang menggegarkan selera – hidangan pasta yang diadun dengan keharuman herba dan digandingkan pula dengan ayam bakar yang empuk.




Mahukan sesuatu yang rangup dan menggiurkan? Terhad untuk waktu ini sahaja, anda boleh memesan Kepak Ayam Rangup dengan sos cicah baharu iaitu sos Krim & Bawang sebagai sajian tambahan di samping hidangan utama, atau secara ala carte.



Menu Iftar Ria Bersama boleh didapati di semua cawangan Tony Roma’s dari 4 Mac sehingga 12 Mei 2024. Jom raikan detik-detik istimewa anda bersama kami untuk kelazatan pengalaman menjamu selera yang sememangnya asli. Cubalah pilihan hidangan Tony Roma’s hari ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.tonyromas.com.my.


#TonyRomasLah
#TimeForTR

Post a Comment

0 Comments